Khamis, 30 Julai 2015

35% kenaikkan Gaji Penjawat Awam - Cuepacs

BERITA GEMBIRA !!!

Cuepacs meminta kerajaan mengkaji balik skim gaji penjawat awam dan meminta menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 35% daripada gaji semasa yang telah dibayar. Ini adalah berita yang cukup gembira buat semua penjawat awam terutamanya penjawat awam yang di kategorikan Staf Sokongan yang cukup tertekan dengan kenaikkan kos hidup yang semakin tinggi.

Walaupun permintaan ini boleh dikatakan sekadar permintaan tetapi sekurangnya ada permintaan daripada pihak Cuepacs untuk penjawat awam. Jika tidak dapat 35% kenaikkan pun cukup lah dengan kenaikkan sebanyak 10% atau 20% pun sudah menjadi satu berita yang baik untuk penjawat awam.
kenaikan gaji 35%


Dibawah berita penuh daripada Sinar Harian Online


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta supaya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam dengan memberi kenaikan sebanyak 35 peratus pada pembentangan bajet Oktober depan.   

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs telah menyuarakan perkara itu dalam perbincangan sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berhubung beberapa perkara yang patut digubal oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Harapan Cuepacs selain kita berterima kasih, kerana kerajaan menetapkan kadar imbuhan baharu perumahan RM300 terendah berkuat kuasa 1 Nov, tetapi dalam masa sama kita berhadapan pelbagai isu dan cabaran hari ini, terutama kos sara hidup yang meningkat," katanya pada majlis Aidilfitri Cuepacs di sini hari ini.    

Katanya Cuepacs juga mengharapkan kerajaan memperkenalkan gaji minimum untuk sektor awam serta penyelesaian kepada permintaan agar 252 skim gaji dan elaun perkhidmatan dikaji semula dan ditambah baik.    

Azih berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.   

"Sekarang ni kadar pelepasan income tax untuk anak RM1,000...tapi RM1,000 tak cukup...jadi kerajaan kena tingkatkan seratus peratus pelepasan cukai ini.    

Ceupacs juga berharap kerajaan dalam bajet akan datang, memastikan dasar perumahan negara diwujudkan secara konsisten agar setiap penjawat awam dan setiap rakyat sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah. - Bernama

Jika dapat kenaikkan gaji sebanyak 35%, amat-amat membantu  penjawat awam yang bukan Profesional seperti AM sendiri.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon