Rabu, 22 Julai 2015

4 Perkara Yang Mudah Untuk Wanita Menjaga Kesihatan

Seperti kebanyakkan wanita akan takut dan gugup untuk berjumpa doctor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Hanya apabila kita sakit sahaja kita akan berjumpa dengan doctor dan pelbagai soalan yang ditanya oleh doctor membuat kita gugup dan malu untuk memberi jawapan dengan penjagaan kesihatan kita.

Kita sendiri maklum dan faham bahawa Pemeriksaan Kesihatan merupa suatu yang mudah dan murah berbanding apabila kita sakit dan berjumpa doctor. Dengan rekod yang telah ada dengan doctor lagi memudahkan doctor untuk membuat keputusan. Bayangkan jika kita tidak mempunyai rekod dengan doctor dan kita jatuh sakit? Adakah mudah untuk doctor tentukan jenis rawatan, ubat yang perlu, dan rawatan susulan yang perlu.
Dengan sedikit kesedaran daripada apa yang terjadi kepada isteri AM sendiri sejak dua mejak ini, AM cuba menyenarai beberapa perkara yang mudah dan tidak menyakitkan untuk wanita menjaga kesihatan. Beberapa pakar kesihatan wanita telah mencadangkan beberapa perkara yang mudah untuk wanita amalkan.

1.       1. Persiapan untuk berjumpa dengan doctor atau bidan atau mana-mana yang mempunyai kelayakan di dalam bidang perubatan. Alice Cooper, seorang pengamal perubatan di jabatan obstetric dan ginekologi  di Perubatan Duke bertanya kepada para pesakit beliau “Mengapa kamu tidak berfikir tentang tiga perkara utama yang penting  sebelum kamu berjumpa dengan saya pada masa akan datang” dia berkata “ Dengan cara itu, kami boleh memastikan  keperluan kamu dapat dipenuhi, dan sebarang keperluan yang tidak dijangka dapat disalurkan kepada kamu dengan cepat dan pantas”. Sudah tentu, ramai dikalangan wanita di Negara ini tidak mempunyai akses kepada kualiti penjagaan kesihatan yang sempurna, semakin kerap berjumpa dengan doctor akan memudahkan wanita mengetahui tahap kesihatan diri. Jika tiada apa-apa mungkin membuat persediaan yang perlu adalah perkara yang penting untuk berjumpa dengan doctor.

2.       2.Periksa payudara anda

Hari kanser payudara
Hari kanser payudara


      Beberapa ujian yang perlu dilakukan oleh setiap wanita dengan sendiri setiap bulan untuk kesihatan dan bimbang terhadap kanser dan ramai dikalangan wanita hari ini tidak melakukan ujian payudara sendiri. Cooper menyarankan kepada wanita untuk melakukan ujian dengan dengan kerap untuk memastikan tiada ketulan pada payudara sekurang-kurangnya sebulan sekali selepas mandi. Persatuan Kanser Amerika mengatakan bahawa wanita yang berusia 20 tahun ke atas perlu faham manfaat ujian payudara sendiri supaya mereka dapat melakukan dengan sendiri dan mengesan jika ada perubahan pada payudara dan jika mempunyai sebarang perubahan maka mereka boleh berjumpa dengan doctor dengan kadar seberapa segera, kumpulan itu mencadangkan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

3.     3.  Memantau tahi lalat bunyinya agak kelakar dan tidak masuk akal tetapi AWAS semakan tahi lalat adalah sangat,sangat penting, kata Dr Nasreen Ghazi di Jabatan Perubatan Keluarga dan Kesihatan Komuniti di Universiti of Pennsylvania.  Wanita yang mempunyai kulit yang cerah dan mempunyai tahi lalat lebih mudah untuk mengesan kehadiran tahi lalat ini, berbeza dengan dengan wanita yang mempunyai kulit yang agak sedikit gelap akan mempunyai sedikit masalah untuk mengesan tahi lalat ini. Beri perhatian kepada asimetri, sempadan, warna dan garis pusat. Boleh dilakukan dengan sebulan sekali  dengan menggunakan cermin. Memantau tahi lalat ini bertujuan untuk megetahui keadaan kulit wanita dan mengelakkan kanser kulit  tanpa anda sedari.

4.      4. Perhati period anda satu kajian yang dilakukan mendapati kebanyakkan wanita tidak memahami konsep asas pembiakan ( seperti  ketika mana ovulasi biasa berlaku), tetapi memberi perhatian kepada kitaran period lagi mudah memberi amaran kepada wanita mengesan sebarang perkara yang tidak normal kepada kitaran period. Sebagai contoh pendarahan yang lebih daripada biasa seperti sebulan atau kadang-kadang tidak period atau kesakitan yang melampau mungkin anda mempunyai permasalahan dengan period anda.


Semoga 4 langkah penjagaan kesihatan yang mudah ini dapat membantu wanita di luar sana untuk mengamalkan. 

Artikel Terkait

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon