Khamis, 30 Julai 2015

Harga Rokok Naik lagi 1 Ogos 2015

      Apa yang anda fikirkan?? Rokok naik harga Sabtu ini???



Harga rokok di Malaysia akan naik lagi bermula 1 Ogos 2015.. AM amat setuju jika rokok boleh naik harga lagi tinggi daripada yang dinaikkan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan pihak yang berwajib juga perlu untuk membanteras rokok-rokok seluduh yang semakin mendapat perhatian daripada perokok tegar.

Sumber utama daripada Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Harga minimum sekotak rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, seterusnya harga minimum itu akan dinaikkan kepada RM10 bermula 1 Ogos tahun depan.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, selewat-lewatnya 1 Januari 2016, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
"Kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.
Kesimpulan :
AM berharap dengan kenaikkan harga rokok ini mampu memberi kesedaran kepada perokok-perokok di luar sana dapat berfikir dan bertenang dengan kenaikkan kos hidup yang semakin tinggi dan kenaikkan harga rokok pula menambah beban..Tiba masanya untuk berhenti merokok.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon