Isnin, 27 Julai 2015

Khasiat Pokok Kari

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok kari adalah sejenis pokok renek dengan ketinggian 0.9meter sehingga 6meter. Kebiasanya pokok kari boleh didapati sekitar rumah dan kegunaan adalah sebagai rempah dalam masakan terutamanya masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa yang pahit.
Pokok kari berasal dari India dan Sri Lanka, tumbuhan ini hidup subur dalam zon tropika. Selain masakan melayu yang menggunakan kari, masyarakat india juga menggunakan daun kari untuk masakan rasam, chutney. Muruku dan sebagainya.
Khasiat pokok kari

Pokok kari juga digunakan di dalam bidang perubatan tradisional seperti penawar cirit birit, loya dan pening, diabetes dan lain-lain lagi. 
Di bawah merupakan antara kegunaan daun kari: -
1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.


Khasiat Kari

4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Selain daun kari, kelapa dan serai juga mampu merawat penyakit 3 serangkai disini

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon