Jumaat, 31 Julai 2015

Minyak RON97, RON95 Turun Harga 1 Ogos 2015

Petang tadi semua sibuk nak isi minyak petron di semua stesen minyak di seluruh negara gara-gara berita angin yang bertiup di semua media sosial menyatakan MINYAK NAIK HARGA 35SEN bermula 1 Ogos 2015.

Apa yang terjadi adalah HARGA MINYAK TURUN sebanyak 10SEN menjadikan harga semakin MURAH.
Harga minyak turun

Berita Penuh Sinar Online 

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter. 

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti
ketika dihubungi Bernama.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. - Bernama


Nota Kaki :-

AM berdoa agak harga minyak pasaran Malaysia terus TURUN dan stabil. Kenaikkan harga minyak pada masa akan datang pasti akan menambah beban rakyat Malaysia yang sedia terbeban dengan kos kehidupan yang semakin tinggi.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon