Khamis, 30 Julai 2015

Tips Penjagaan Sel Otak

Otak merupakan nadi kepada setiap badan yang bernyawa. bermula dari kecil lagi ibubapa telah berusaha untuk menhubungkan sel-sel otak anak-anak mereka kerana ibubapa percaya dengan menghubungkan sel-sel otak akan menjadikan anak-anak mereka akan menjadi pintar dan berjaya di dalam hidup. 
Tahukah anda, pada usia muda kita juga harus menjaga sel-sel otak untuk terus berhubung dan kekal ingatan sehingga usia tua nanti.
Bagi orang yang  berusia, penurunan daya ingatan otak  akan terjad dan ramai dikalangan kita yang mengalaminya tanpa sedari. Ada banyak cara yang boleh dilakukan agar kadar ingatan tidak menurun. Rajin membaca, tetap berusaha menghafal sesuatu, hingga bermain game yang menuntut otak berpikir dan mengingat.

Selain itu,  ada 4 perkara lain yang berguna untuk melatih otak. Anda mungkin tak mengira sebelumnya.
Tip penjagaan otak

Tips Penjagaan Sel Otak : -
1. Minum teh hijau
Penelitian tahun 2012 menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kemampuan kognitif, terutama pada orang muda. Penelitian membuktikan hasil yang  positif dari flavonoid yang terkandung dalam teh hijau pada otak. Sementara itu, penelitian baru-baru ini juga menunjukkan bahawa teh hijau boleh melindungi otak dari Alzheimer.
2. Memantau kadar kolesterol
Penelitian  2009 menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol dalam tubuh berkait rapat dengan  tingginya risiko Alzheimer dan demensia. Berdasarkan penelitian ini, apa yang baik untuk jantung juga baik untuk otak. Untuk itu, Anda boleh menurunkan risiko demensia dan dengan menurunkan kadar kolesterol.
3. Menjaga kesihatan gigi
Percaya atau tidak, kesihatan gigi berhubungan dengan kesihatan otak. Penelitian menunjukkan bahawa mengunjungi doktor gigi dua kali setahun dan membersihkan gigi secara teratur baik untuk kesihatan otak. Kesihatan gigi yang baik boleh menurunkan risiko seseorang terkena demensia. Penelitian lain juga menunjukkan bahawa orang yang menggosok gigi kurang dari sekali sehari memiliki risiko terkena demensia 65 %  lebih tinggi.
4. Menonton  dokumentari  tentang alam
Sebuah penelitian terbaru di jurnal PLoS ONE menemukan bahawa orang yang menonton dokumentari tentang alam memiliki nilai yang lebih tinggi dalam kes kemampuan bahasa. Mereka juga dapat mengurangkan perasaan stress  dan memiliki kualiti hidup yang lebih baik. Bahkan, mereka memiliki otak yang lebih baik daripada orang yang hanya focus kepada permainan sahaja.
Tak perlu menunggu hingga usia tua datang. Membiasakan diri diwaktu masih muda dan bertenaga akan membantu sel-sel otak terus berkembang dan kekal sihat pada waktu tua nanti. 

Artikel Terkait

2 comments

Membaca Al-Quran adlh petua terbaik utk jaga kesihatan otak...

Betul tu kak..kembali kepada ISLAM..


EmoticonEmoticon