Ramai
dikalangan kita yang sedang berusaha untuk mendapat anak sulong mahupun anak
yang seterusnya. Begitu juga dengan AM yang sedang berusa untuk mendapatkan
cahaya mata yang permata. AM mengambil berat akan hal-hal yang berkaitan dengan
kesuburan wanita untuk AM dan isteri jua.
Tidak
salah lelaki memain peranan dalam mempelajari bab-bab kesuburan wanita. Ada
pelbagai cara yang dikongsi oleh sahabat-sahabat dan AM juga ada kongsikan
beberapa tips yang boleh di amalkan seperti 12 Tips paling Awesome untuk Cepat Hamil dan Panduan Pengiraan Waktu Subur untuk Wanita. Kali ini AM nak kongsikan
mengenai Carta BBT secara detail lagi.
Kaedah
suhu badan asas (BBT) adalah satu cara perancangan keluarga semula jadi, juga
dikenali sebagai kaedah berasaskan kesedaran kesuburan.
Apa
itu BBT??
BBT singkatan “Body Basal Temperature” iaitu Suhu
Badan Asas. Ia boleh digunakan sebagai
satu kaedah untuk mengetahui waktu subur melalui carta
catatan (rekod).Suhu Badan Asas (BBT). Daripada carta BBT kita
boleh mengetahui bilakah ovulasi akan berlaku.
Apa
itu Ovulasi?
Ovulasi adalah proses pelepasan
telur yang matang dari dalam rahim dan kemudiannya berjalan menuju tiub
fallopia untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas
hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya.
Apakah
Kepentingan dan Kegunaan Carta BBT?
1.
Sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk
hamil atau “Try To Conceive” (TTC)
2.
Untuk mengelakan kehamilan
3.
Untuk mereka yang cuba memahami fisiologi
badan mereka
Apakah
Alat Mengukur BBT?
BBT
lebih mudah diukur dengan alat jangkasuhu (termometer) yang khas untuk mengukur
BBT ini. Banyak termometer untuk mengukur suhu badan ini ada jual di farmasi.
Termometer OMRON antara contohnya boleh dibeli di Guardian. Termometer ini agak
mahal dari termometer biasa sebabnya digunakan khas untuk mengukur BBT,
mempunyai dua decimal point, unit ukurannya boleh ditukar daripada celcius ke
fahrenheit dan sebaliknya.
Kadang
kala badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit seperti bacaan
0.01°C jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 titik perpuluhan (decimal
point) mudah untuk kita tengok perubahan suhu. Contohnya jika suhu badan untuk
3 hari berturut-turut adalah 36.07°C, 36.05°C, 36.03°C. Akan nampak perubahan
bacaan suhu di situ? Sekiranya menggunakan termometer biasa ia akan memberikan
bacaan 36.0°C untuk 3 hari yang berturutan walaupun sebenarnya terdapat sedikit
perubahan pada bacaan suhu.
Mengapa
pertukaran unit penting? Sebabnya carta BBT kadang kala dalam unit celcius
kadang kala dalam unit fahrenheit. Dengan termometer 2 unit ini mudahlah untuk
tukar (convert) unit bacaan suhu. Anda boleh pilih untuk buat carta BBT dalam
unit celcius atau pun fahrenheit.
Bagaimana
cara untuk menggunakan thermometer?
1. Tekan
butang ON atas thermometer hingga berbunyi 'beep' sekali.
2. Skrin
akan paparkan bacaan suhu 37°C serta simbol keluar pada skrin.
3. Letakkan
hujung termometer yang runcing (berwarna perak) di bawah lidah didalam mulut
lebih kurang 60 saat (1minit).
4. Sebahagian
termometer akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali selepas 60 saat. Bila
berbunyi ‘beep’ keluarkan termometer dari mulut untuk diambil dan rekod bacaan
suhu yang dipaparkan pada carta BBT.
Bilakah
masa yang sesuai untuk merekod bacaan suhu asas badan(BBT)?
Masa
paling ideal atau terbaik untuk ambil dan merekod suhu asas badan (BBT)
adalah sebaik sahaja bangun tidur sebelum bangun dari katil iaitu sebelum
melakukan sebarang aktiviti termasuklah gosok gigi.
Bagaimana nak dapat Carta BBT??
Bagaimanakah nak baca Carta BBT?
- Korang boleh dapatkan di mana-mana klinik sakit puan. mesti ramai yang malu kan???
- Korang juga boleh dapat dengan Panduan Rahsia Mudah Hamil. Yang nie korang hanya perlu download sahaja. Semua berkaitan dengan kehamilan sudah siap untuk korang.
Bagaimanakah nak baca Carta BBT?
Berdasarkan
pada carta kitaran haid (menstruation cycle) hendaklah ambil bacaan suhu
asas badan (BBT) bermula pada hari pertama darah haid keluar (period) bukan
hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan
kitaran (cycle) iaitu hari dimana telur dalam ovari menjadi matang.
Oleh
itu, catatkan bacaan suhu setiap hari bermula dari hari pertama haid (period)
dan berikan perhatian pada pertengahan bulan daripada hari haid pertama
bukannya bulan dalam kalendar.
Suhu
badan asas adalah suhu badan ketika anda dalam keadaan rehat
sepenuhnya. Sebelum mengalami ovulasi suhu badan asas anda biasanya antara
96°F(35.55°C) dan 98°F(36.67°C) darjah. Suhu badan asas selalunya ia berada
pada tahap 98°F(36.67°C). Selepas ovulasi suhu badan asas (BBT) akan meningkat
sedikit, biasanya kurang daripada 1°C F (-17.22°C). Sekiranya kenaikkan
ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi
sudah berlaku. Keadaan paling subur biasanya dalam tempoh 2-3
hari sebelum suhu badan asas anda meningkat atau hari-hari selepas
peningkatan itu.
Selain
daripada mengukur suhu asas badan ini, fasa ovulasi boleh juga dipastikan
dengan melihat pengeluaran cecair mukos (lendir) di bahagian faraj yang mana
berubah mengikut perubahan hormon. Selanjutnya untuk pastikan suhu asas badan
kita sedang mengalami ovulasi adalah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan
kit ujian ovulasi (ovulation kit test).
Sebelum
ovulasi suhu asas badan turun berturut-turut dan selepas ovulasi naik mendadak.
Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, perlulah peka dengan
perubahan suhu tersebut.
Bagi
pasangan yang inginkan zuriat adalah disyorkan mengadakan hubungan kelamin
bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf
diatas, maka bolehlah mengadakan hubungan intim pada hari ke 14, 16, 18 dan 20.
Manakala
bagi yang ingin menjarakan anak (merancang keluarga) elakan atau pilihlah tarikh lain atau pun menggunakan kondom atau pun inzal
apabila bersama. Ini disebabkan pada
ketika masa-masa tersebut, telur/benih perempuan (ovum) dapat hidup selama 12
ke 24-36 jam (1-2 atau 2.5 hari) dalam keadaan bersedia untuk
disenyawakan apabila bertembung dengan telur/benih lelaki (sperma). Jangka
hayat telur/benih lelaki (sperma) normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam
(3-4 hari) selepas ejakulasi (pancutan mani) ke dalam faraj. Melalui carta suhu
asas badan (BBT) ini juga anda boleh merancang untuk menentukan jantina
bayi
Sebagai
manusia kita hanya dizinkan merancang dan beruasaha tetapi Allah yang Maha
Menentukan segalanya. Berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketentuanNya.
Selamat mencuba dan semoga berjaya, In Shaa Allah usaha anda akan mendapat
keberkatan dan dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyeri rumah tangga.
Sebagai tambahan, boleh juga mengamalkan Minuman Sunnah dan mengamalkan meminum Air Detox untuk mencuci toksik-toksik dalam badan. Nak lagi cepat korang boleh dapatkan Panduan Rahsia Cepat Hamil untuk korang lebih memahami Carta BBT dan rahsia lain mengenai mudah hamil.
Nota Kaki :
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk
mengetahui waktu kesuburan seorang wanita. Suami juga perlu memain peranan juga
dalam proses menantukan waktu kesuburan isteri, bagi yang ingin merancang untuk
mendapat anak. Begitu juga sebaliknya jika merancang untuk menjarakkan anak.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua.