Rabu, 19 Ogos 2015

12 Tips Untuk Cepat Hamil Paling Awesome


Ramai dikalangan kita yang telah lama berkahwin dan memcuba untuk mendapatkan anak TAPI rezeki belum lagi kunjung tiba untuk kita dapat anak. Mungkin ada yang tak betul mahupun Tuhan sedang menguji kita untuk sentiasa bersamaNya..

tips cepat hamil



AM tidak mengata kepada sesiapa pun AM sendiri sudah agak lama berumahtangga dan semakin hari semakin lali dengan peril mahupun ejekan kekawan atau sesiapa sahaja yang bertanya AM mengenai anak. Mungkin mereka yang bertanya lupa akan hal perasaan dan jiwa AM yang terluka mahupun terasa dengan persoalan itu.

tips cepat hamil

1. Jaga pemakanan dan diet
Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.
Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.
Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.
Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan gaya hidup bersukan untuk badan kekal cergas.

tips cepat hamil

2. Makan vitamin
Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:
  • Vitamin E
  • Zinc
  • Copper
  • Panthothenic acid
  • Potassium
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Thiamin B6
  • Riboflavin
  • Niacin
Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan.
3. Mempunyai berat badan ideal
Mungkin ada yang kurang setuju. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan?
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

tips cepat hamil

4. Detoks
Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Perlu diingat, jangan beli semberono sahaja, lebih-lebih lagi dari penjual Multi Level Marketing (MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.
Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa‘dietitian’ untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita. Elakkan mendengar nasihat kawan-kawan dan percaya sepenuhnya. Resipi membuat Air Detox
5. Lakukan hubungan intim dengan kerap
Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.
6. Ketahui waktu subur atau ovulasi
Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.
Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.
Untuk kira waktu subur, boleh Google “Ovulation Calendar Tool”untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.
7. Jumpa doktor pakar
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.
Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus
8. Pastikan posisi seks yang betul
Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Kami tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? Anda cubalah sendiri ya.
9. Elakkan Tekanan
Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?
Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

tip cepat hamil

10. Jauhi rokok
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
11. Kurangkan kafein
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.
Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?

Apa kata kita tukarkan minuman yang berkafein kepada minuman sunnah yang amat-amat digalakkan oleh agama.
12. Berdoa pada Allah
Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah. Jika anda ada doa-doa lain, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.

13. Panduan Mudah Hamil
Akhir sekali bagi korang yang memang betul-betul PEMALU nak bertanya kekawan atau nak jumpa doktor, korang mesti baca Panduan Mudah Hamil nie.. Semua yang korang baca kat atas semuany ada dalam Panduan Mudah Hamil

Nota Kaki :

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu para sahabat AM yang berhajat untuk mendapatkan anak-anak seperti AM sendiri masih lagi mencuba untuk mendapatkan anak. Sama-sama kita doakan AM cepat dapat anak bersama isteri tercinta. Aminnn


Artikel Terkait

2 comments

kena tahu waktu puncak subur tu...untuk kebarangkalian maksimum

Yup...Suami isteri kena faham dan sama2 belajar untuk maksimumkan kebanrangkalian untuk mendapat baby


EmoticonEmoticon