Sabtu, 22 Ogos 2015

Anovulasi dan Permasalahan Kesuburan Wanita

Kesuburan wanita merupakan aset yang paling penting dalam sebuah keluarga yang merancang untuk mendapat anak. Permasalahan ini biasanya di ambil mudah dan ringan oleh sesetengah kaum wanita. AWAS... permasalahan ini akan menjadi beban kepada kalian apabila berkahwin mahupun apabila merancang untuk mendapat anak nanti. 
Bermula dari sekarang untuk mengelak permasalah yang lagi teruk. Untuk memahami Kesuburan wanita boleh merujuk artikel AM yang lepas mengenai Panduan Mengira Kesuburan untuk wanita yang merancang untuk mendapat anak.

Apa itu Anovulasi?
Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. 

anovulasi dan permasalahan kesuburan wanita

Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi’.
Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.
Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

anovulasi dan permasalahan kesuburan wanita

Apakah Simtom-simtom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?
Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.
Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi.
Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?
Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.
Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.
Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Anovulasi dan permasalahan kesuburan wanita

Sedikit ulangkaji tentang kaedah BBT.
Daripada Carta BBT, apa yang perlu anda perhatikan adalah Corak Keseluruhan carta. Memang dalam catatan BBT anda akan dapat corak ’bergigi’ iaitu setiap kali catatan suhu badan dibuat, ia akan sedikit turun dan naik. Ini adalah normal. Tetapi setelah proses ovulasi berlaku, anda akan perasan pada corak catatan BBT anda terdapat suatu kenaikan yang agak mendadak. Keadaan ini dipanggil Corak Biphasic. 
Tetapi terdapat suatu keadaan dimana mungkin seseorang itu dapati tidak ada pun sebarang peningkatan suhu mendadak yang dimaksudkan. Maka besar kemungkinan ia adalah satu petunjuk bahawa proses ovulasi tidak berlaku dalam kitar haid tersebut. Oleh itu, apa tindakan anda? Segera berjumpa doktor bersama-sama dengan carta tersebut untuk mendapatkan penerangan lanjut dan khidmat nasihat professional. Ia sangat-sangat membantu doktor untuk membuat sebarang diagnosis.
Ini adalah antara kelebihan dalam kaedah BBT. Maklumat yang terkandung dalam carta BBT ini sangat penting dan boleh memberikan banyak maklumat berguna tentang tahap kesuburan anda.
Korang nak Jadual BBT?? Sila dapatkan Panduan Rahsia Mudah Hamil bukan sahaja Jadual BBT malah ada pelbagai tip untuk mudah hamil.

Nota Kaki :

Permasalah Anovulasi perlulah merujuk kepada doktor yang bertanggungjawap dan suami pula wajib memahami permasalahan ini dan bukan kepada isteri semata-mata sahaja. Boleh juga merujuk kepada 12 Tips Paling Awesome untuk hamil dan Air Detok juga mampu memberi kehamilan. 
Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu sahabat yang sedang dalam permasalahan ini.


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon