Isnin, 3 Ogos 2015

Khasiat Buah Zuriat

As-salam semua..
Tips ibu mengandung kali ini, AM nak share mengenai 1 buah yang dipanggil BUAH ZURIAT yang hanya terdapat di Tanah Suci Mekah sahaja. Alhamdulillah, akhirnya AM dan isteri dapat merasa buah zuriat ini. 

Sebelum itu, saudara AM telah bagi serbuk buah zuriat, khasiatnya sama.. Akhirnya, AM dapat tengok dan merasa bagaimana buah zuriat dalam bentuk fizikal.

Buah Zuriat yang juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah.

Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum yang dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.





KHASIAT BUAH ZURIAT 

1.Untuk darah tinggi mahu pun darah rendah

2.Membetulkan hormon dalam badan kita

3.Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan

4.Menambahkan tenaga

5.Melancarkan kedatangan haid

6.Menyebabkan kehamilan (semua dgn izin Allah S.W.T)


Cara penggunaan Buah Zuriat

Buah zuriat

1) 2 biji di ambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus sabut dan biji buah itu dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint.

2) Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat sahaja sama airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis dan minum.

3) Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....khasiat buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan.


Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon