Sabtu, 8 Ogos 2015

Khasiat Habbatul Sauda

Jika hari ini di tanya jintan hitam kepada anak-anak muda pasti jawapa adalah tidak tahu. Apatah lagi jika di tanya bentuk atau rupa jintan hitam atau habbatul sauda ini pasti ramai yang tak mengenali dengan betul. Orang-orang dulu menggunakan jintan hitam ini dalam pelbagai masakan atau pun perubatan tradisional.
Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Khasiat Habbatul Sauda

Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nabi dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Khasiat habbatul sauda

Cara Pemakanan Habbatul Sauda
1. Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2. Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4. Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6. Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.

Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
Nota Kaki :
Semoga perkongsian yang tak seberapa ini mendatangkan mafaat kepada semua sahabat-sahabat AM yang dikasihi..Silalah share kepada kekawan yang lain.

Artikel Terkait

2 comments

AL-ZAHRA BLACK SEED COLD PRESSED OIL

Harga RM 30 /sebotol ( 60ml )
Belian 2 botol RM 55
( tidak termasuk caj penghantaran )

COD area Damansara/Kepong/Sg Buloh/TTDI

Berminat boleh /Pm FB / WhatsApp / SMS : 0102337247

Botol ini mudah di bawa ke mana². Hanya titikkan dalam mulut atau boleh dicampur dengan air.

Boleh juga dibuat sebagai minyak urut
Juga boleh digunakan sebagai milk booster bagi ibu yang menyusukan anaknya.

Beli di SINI

Boleh hubungi saya untuk review produk sis..jangan SPAM blog saya ya..Thanks


EmoticonEmoticon