Khamis, 13 Ogos 2015

PAC baru bulan oktober 2015

Dengan pelucutan jawatan TPM dan beberapa menteri kabinat pimpinan Datuk Sri Najib yang lam dan mengantikan dengan Datuk Zahid sebagai TPM yang baru dan beberapa pegawai yang menjadi ahli exco PAC dilantik sebagai menteri kabinet yang baru, menjadikan PAC seperti tiada apa-apa.

Licik dan hebat permainan..Kita tunggu bulan oktober pula siapa yang akan dilantik sebagai pengerusi dan anggota jawantankuasa yang baru...

PAC


KUALA LUMPUR: Pelantikan pengerusi dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dibuat selepas anggota Jawatankuasa Pemilih, yang bertanggungjawab melantik keanggotaan PAC, ditukar pada persidangan Parlimen Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata pertukaran dan pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilih akan dibuat pada hari pertama sidang Parlimen pada 19 Okt ini.

"Pelantikan pengerusi dan anggota Jawatankuasa PAC akan dilakukan sebaik sahaja pertukaran Anggota Jawatankuasa Pemilih selesai dilakukan.
"Selepas itu, PAC dapat meneruskan semua tugas yang diamanahkan kepada mereka termasuk prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas mengambil kira pertukaran jawatan Ketua Pembangkang dan penyusunan semula Jemaah Menteri pada 29 Julai lepas.

-Azalina menegaskan kerajaan sama sekali tidak menangguhkan prosiding siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dengan sengaja. Katanya kerajaan tidak boleh tergesa-gesa dalam soal pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilih yang merupakan jawatankuasa paling penting sebelum mana-mana jawatankuasa lain dapat dilantik termasuk PAC dalam konteks ini. Kerajaan juga perlu mengambil kira beberapa faktor utama termasuk masa yang diperlukan untuk nama baharu dicadangkan bagi menggantikan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilih, katanya.

 "Anggota Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. "Sehubungan itu, parti akan mencadangkan beberapa nama baharu termasuk BN yang akan mencadangkan nama Ketua Whip yang baharu dan pada masa sama, terdapat pertukaran anggota Jawatankuasa yang mewakili MIC," katanya. Bagi pihak pembangkang, katanya, ada kebarangkalian nama baharu akan dicadangkan daripada PAS berikutan pecahan mereka daripada perikatan bersama DAP dan PKR.

Azalina berkata Ketua Pembangkang juga akan digantikan dengan anggota Parlimen Permatang Pauh baharu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota Jawatankuasa Pemilih yang tidak lagi berada dalam Kabinet ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel. PAC kini mempunyai sembilan anggota selepas empat anggota lain termasuk pengerusinya dilantik sebagai anggota Kabinet pada 29 Julai lepas. - BERNAMA



Nota Kaki :

Sama-sama kita tengok permainan para pemimpin yang kita pilih dan menang dalam pilihanraya yang lepas...

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon