Selasa, 18 Ogos 2015

Perkara Yang Membahayakan Rahim Anda Tanpa Disedari

Rahim adalah organ yang TERPENTING bagi setiap wanita kerana dari rahim la keluarnya seorang anak yang yang mampu mengegarkan dunia. Dari Rahim seorang wanita juga la lahirnya seeorang pemimpin yang mampu memimpin sebuah Negara malah dunia sekali pun. Menjaga Rahim adalah tanggungjawap bagi setiap wanita.

Memang banyak sebab-sebab yang  mengakibatkan rahim menimbul banyak masalah. Namun begitu, kita tidak boleh mengabaikan faktor wanita itu sendiri. Sebahagian mereka sebenarnya jarang menjaga rahimnya dengan baik.
Walaubagaimanapun,perempuan yang menjaga rahim dengan baik dalam kehidupan seharian tidak semestinya dapat mengelakkan penyakit yang disebut atas, akan tetapi jika kita tidak buat apa-apa untuk menjaga rahim, boleh dikatakan kebarangkalian menghidapi penyakit berkaitan dengan rahim adalah sangat tinggi.
Dalam kehidupan seharian,apa kelakuan mungkin mengakibatkan penyakit rahim?
Faktor Bahaya Pertama: Kehamilan

perkara yang membahayakan rahim

Uterus ialah organ pembiakan,berkaitan dengan seks dan kehamilan.Contohnya,kegiatan pengguguran yang melibatkan uterus boleh mengakibatkan penyakit rahim.
Sebenarnya,semasa Doktor menjalankan pengguguran kandungan bagi pesakit, dia hanya bergantung kepada pengalaman dan perasaannya. Oleh yang demikian,kadang-kadang ini akan mencederakan uterus, atau melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan komplikasi.Contohnya,pendarahan yang agak serius, uterus tertembus,perekatan ruang uterus dan sebagainya.
Jika berlaku pendarahan yang serious dan uterus tertembus dengan serius, Doktor akan membaiki jika kecederaan terlalu serious, Doktor akan mengambil keluar uterus dari badan.
Jika perekatan ruangan uterus berlaku,ianya akan menyebabkan kesukaran penghamilan.

perkara yang membahayakan rahim

Kelahiran anak juga akan menyebabkan Penyakit Uterus
Kelahiran anak juga akan menyebabkan penyakit uterus. Ini adalahkerana proses melahirkan anak mungkin mengoyak serviks. Walaupun luka serviks itu sungguh kecil,dan tidak menimbulkan sebarang gejala-gejala, tetapi luka kecil ini membekalkan kemudahan kepada bakteria-bakteria dan virus memasuki badan dan mengakibatkan radang serviks pada masa depan.
Jika sering berlaku pengguguran kandungan, endometrium akan jadi tipis,maknanya ia tidak lagi mampu membekalkan tempat yang sesuai untuk pelekatan ovum( yang sudah bersetubuh dengan sperma),  dan pertumbuhan fetus.
Bagi uterus yang ruangnya merekat(dinding depan bergabung dengan dinding belakang uterus),ini akan menghalang kemasukan sperma untuk menemui ovum. Biarpun kedua-dua ovum dan sperma berjaya bertemui, tetapi sukar melekat di dinding uterus, lagipun tumbesaran.
Biarpun ovum(yang sudah bersetubuh dengan sperma) berjaya melekat ke atas dinding uterus, tetapi endometriumnya masih terlalu tipis, khasiat memang tidak cukup,akhirnya akan mengakibatkan keguguran.
Kecederaan Endometrium mungkin menyebabkan Putus Haid
Lagipun,kecederaan endometrium mungkin menyebabkan putus haid sementara atau selama-lamanya. Apabila wanita tidak lagi datang haid,maknanya wanita itu tidak berupaya menghamil, mengandung.
Di samping pengguguran,sering menghamil mungkin mengakibatkan uterus prolaps. Ini adalah kerana uterus dan serviks akan berbesar-besar bagi setiap kali menghamil.
Lagipun,semasa bersalin, juga mungkin menyebabkan kecederaan pada serviks,ligamen utama serviks dan tisu-tisu di sekelilingnya.
Oleh yang demikian, wanita patut berehat secukup-cukupnya selepas bersalin,supaya serviks dapat dipulih pada saiz yang biasa, ligament uterus “bekerja” dibawah tekanan yang sesuai,untuk mengelakkan uterus prolaps.
Sebenarnya, setiap kali menghamil akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit uterus lagi sekali 

Apa yang menakjubkan ialah sebahagian wanita berasa pengguguran sungguh senang dijalankan, pada pendapat mereka,pengguguran bukanlah perkara yang besar dan penting. Sehingga mereka merancang untuk beranak,barulah mereka berasa kemudahan pengguguran yang mereka nikmati dulu mengakibatkan mereka sukar menghamil,saat itulah mereka amat kesal.
Nota Kaki :
banyak perkara yang melibatkan perkara yang boleh menyebabkan masalah rahim yang kebanyakkan wanita abaikan. Keguguran merupakan salah satu punya penyebab kerosakkan kepada rahim wanita. Semoga perkongsian ini dapat membantu para sahabat AM untuk menjaga sebaik mungkin rahim yang sihat untuk menyambung zuriat di masa depan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon