Selasa, 25 Ogos 2015

Punca dan Petua Kesuburan Lelaki


Punca masalah kesuburan selalu dikait dengan perempuan. Namun, mengikut statistik, masalah kesuburan sebenarnya melibatkan kaum lelaki juga.Untuk mendapatkan anak lelaki juga WAJIB subur juga bukan bergantung kepada pasangan wanita semata-mata sahaja.

Banyak artikel AM mengenai kesuburan wanita dan bagaimana perkara-perkara yangmembahayakan Rahim wanita. Cukup sukar untuk menulis artikel mengenai kesuburan lelaki kerana jarang-jarang yang menulis.

Menurut kajian dari sumber Harian Metro, kaum adam menyumbang peratusan sebanyak 30 peratus daripada ketidaksuburan pasangan. Jangan ambil mudah. Berita baiknya, ada cara berkesan untuk anda merawat dan meningkatkan kesuburan dan membuktikan kelelakian anda!

Punca Masalah Kesuburan Lelaki

panduan kesuburan lelaki


Ada tiga tahap punca masalah kesuburan lelaki. Tahap-tahap tersebut termasuklah:-

Pra testikular
Pra testikular ini terjadi disebabkan oleh gangguan hormon. Walaupun buah zakar anda tiada masalah dan normal namun ianya tidak terangsang sekaligus tidak mampu menghasilkan sperma. 

Testikular 
Testikular adalah satu keadaan dimana terjadinya kerosakan sel pada buah zakar. Kerosakan ini mendatang kesan kepada penghasilan sperma yang tidak sihat.

Post testikular
Situasi ini lebih parah. Anda mampu menghasilkan sperma secara normal namun langsung tidak mampu untuk berejakulasi semasa melakukan hubungan intim.

Tips Mudah Untuk Menghasilkan Sperma Yang Sihat Dan Kuat!
Sebelum kita meneruskan ke bahagian cara mempertingkatkan kesuburan lelaki, ada beberapa tips mudah yang anda boleh mula amalkan dan jadikannya sebagai tabiat jika anda mahu menghasilkan sperma yang sihat dan kuat.

Berikut disenaraikan tips-tips yang dimaksudkan itu:-

1. Jauhi hubungan seks yang tidak sihat (secara rambang)
Amalkanlah seks yang bermoral dan mengikut landasan agama dengan pasangan yang sah dinikahi mengikut syara’ kerana anda akan tahu sejarah pasangan anda itu. Ini bagi menghindari anda dari diserang oleh penyakit kelamin yang dahsyat seperti kencing bernanah (gonorea) atau serangan kulat kepada alat sulit anda.

petua kesuburan lelaki

2. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
Diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan tubuh. Banyakkan makan kekacang, ikan salmon, daging, bawang putih dan epal. Terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan kerana antioksidan di dalamnya akan memastikan malam-malam anda sentiasa hebat.

3. Rajin bersenam dan dapatkan BMI unggul.
Tak dapat dinafikan lagi, senaman penting untuk kesihatan luaran dan dalaman. Senaman juga penting untuk memastikan kalori terbakar agar berat tubuh sentiasa seimbang. Menurut kajian, berat badan berlebihan memberikan impak yang buruk kepada kualiti, pergerakan dan bilangan sperma.

patua kesuburan lelaki

4. Uruskan stress dengan baik
Jangan biarkan stress menguasai diri dan emosi. Jika anda stress cuba buat perkara yang menghilangkan stress seperti mendapatkan tidur yang cukup atau mengeluarkan peluh dengan bersenam kerana stress akan mengganggu hormon seterusnya merencatkan penghasilan sperma.

5. Banyakkan aktiviti fizikal.
Pastikan kita mengamalkan gaya hidup yang aktif dan banyak bergerak. Ia penting supaya sel-sel tubuh sentiasa kekal aktif.

6. Elakkan ketat!
Pakai seluar dalam yang longgar dan jangan tidur dengan memakai seluar dalam. Memakai seluar dalam yang ketat dan sendat adalah antara punca kemandulan dan sperma yang tak berkualiti.

12 Tips Cepat Hamil Paling Awesome dan Minuman Sunnah juga mampu mempercepatkan kehamilan.

Nota Kaki :

Lelaki juga memain peranan yang penting dalam proses untuk mendapat anak bukan bergantung kepada wanita semata-mata. Kesuburan lelaki yang jarang-jarang di ambil kisah oleh kaum lelaki maskulin. Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu para sahabat AM menjalankan kehidupan seharian.

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon