Isnin, 24 Ogos 2015

Siapa YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah?

AM bukan lah manusia yang suka memihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia. TAPI lebih kepada mencari maklumat dan isu semasa mengenai Malaysia KENAPA? AM asalwarganegara Malaysia dan AM rasa WAJIB untuk mengetahui isu-isu semasa Malaysia.
Artikel kali ini mengenai Siapa YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah (Dato' Nik Amar). Kenapa AM pilih Nik Amar?? Sebab Nik Amar merupakan YB Adun AM sekarang.. PAsti sahabat-sahbat dapat meneka AM tinggal di manakan???

Siapa Nik Amar

Banyak yang kita dengar satu dua hari ni ttg insan ini...Difitnah keterlaluan oleh mereka yang berkempentingan...
Tapi pernah kah kita selidik atau mencari fakta siapakah beliau sebelum menyertai politik?
okay mari kita sama2 renung dan baca biodata ttg TMB Kelantan ini..
YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah (Dato' Nik Amar) dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu. 
Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli.
Dato' Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. 
Bonda DNA merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III. 
Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang mengasuhnya ketika kecil. Manakala masyarakat setempat di Kampung Panchor lebih mesra memanggilnya Nik Amar hingga sekarang. 
Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad Bin Tahir Bin Tok Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam yang berketurunan Raja Jembal.
Dato' Nik Amar kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. 
Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.
Semenjak kecil Dato' Nik Amar dididik dengan disiplin Islam yang ketat oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. 
Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.
1965 - 1971 Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
1972 - 1977 SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
1978 - 1979 Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
1979 - 1983 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
1985 - 1988 University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies
Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995).
DNA juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. 
Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. 
Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan hingga sekarang.
Jadi beliau bukan calang calang orang Boh...!!!
Antara Yang Menjadi Persoalan Kita Hari ini adalah beberapa kereta yang dimiliki oleh beliau sendiri
siapa nik amar

siapa nik amar
Bagaimana pula dengan DERMA RM 2.6Billion sudah selesai ke belum siasatan??
Nota Kaki :
Bukan nak berpolitik tapi kita juga harus mengenai siapa dan bagaimana beliau bersama kita selama ini. Bukan hanya kerana harta maka kita mencaci dan mencela pemimpin. Hormat lah beliau sebagai pemimpin dan tegur lah kesilapan dan kesalahan dengan tegas. Tak suka lagi nanti Pilihanraya kita pakat-pakat undi Adun baru pula…

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon