Isnin, 31 Ogos 2015

Suhu Badan Asas (BBT)


Ramai dikalangan kita yang sedang berusaha untuk mendapat anak sulong mahupun anak yang seterusnya. Begitu juga dengan AM yang sedang berusa untuk mendapatkan cahaya mata yang permata. AM mengambil berat akan hal-hal yang berkaitan dengan kesuburan wanita untuk AM dan isteri jua.

BBT


Tidak salah lelaki memain peranan dalam mempelajari bab-bab kesuburan wanita. Ada pelbagai cara yang dikongsi oleh sahabat-sahabat dan AM juga ada kongsikan beberapa tips yang boleh di amalkan seperti 12 Tips paling Awesome untuk Cepat Hamil dan Panduan Pengiraan Waktu Subur untuk Wanita. Kali ini AM nak kongsikan mengenai Carta BBT secara detail lagi.

Kaedah suhu badan asas (BBT) adalah satu cara perancangan keluarga semula jadi, juga dikenali sebagai kaedah berasaskan kesedaran kesuburan.

Apa itu BBT??
BBT singkatan “Body Basal Temperature” iaitu Suhu Badan Asas. Ia boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk mengetahui waktu subur melalui carta catatan (rekod).Suhu Badan Asas (BBT). Daripada carta BBT kita boleh mengetahui bilakah ovulasi akan berlaku.

Apa itu Ovulasi?
Ovulasi adalah proses pelepasan telur yang matang dari dalam rahim dan kemudiannya berjalan menuju tiub fallopia untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya.

Apakah Kepentingan dan Kegunaan Carta BBT?
1.         Sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil atau “Try To Conceive” (TTC)
2.         Untuk mengelakan kehamilan
3.         Untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka

Apakah Alat Mengukur BBT?
BBT lebih mudah diukur dengan alat jangkasuhu (termometer) yang khas untuk mengukur BBT ini. Banyak termometer untuk mengukur suhu badan ini ada jual di farmasi. Termometer OMRON antara contohnya boleh dibeli di Guardian. Termometer ini agak mahal dari termometer biasa sebabnya digunakan khas untuk mengukur BBT, mempunyai dua decimal point, unit ukurannya boleh ditukar daripada celcius ke fahrenheit dan sebaliknya.

Kadang kala badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit seperti bacaan 0.01°C jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 titik perpuluhan (decimal point) mudah untuk kita tengok perubahan suhu. Contohnya jika suhu badan untuk 3 hari berturut-turut adalah 36.07°C, 36.05°C, 36.03°C. Akan nampak perubahan bacaan suhu di situ? Sekiranya menggunakan termometer biasa ia akan memberikan bacaan 36.0°C untuk 3 hari yang berturutan walaupun sebenarnya terdapat sedikit perubahan pada bacaan suhu.

Mengapa pertukaran unit penting? Sebabnya carta BBT kadang kala dalam unit celcius kadang kala dalam unit fahrenheit. Dengan termometer 2 unit ini mudahlah untuk tukar (convert) unit bacaan suhu. Anda boleh pilih untuk buat carta BBT dalam unit celcius atau pun fahrenheit.

Bagaimana cara untuk menggunakan thermometer?

1.      Tekan butang ON atas thermometer hingga berbunyi 'beep' sekali.
2.      Skrin akan paparkan bacaan suhu 37°C serta simbol keluar pada skrin.
3.      Letakkan hujung termometer yang runcing (berwarna perak) di bawah lidah didalam mulut lebih kurang 60 saat (1minit).
4.      Sebahagian termometer akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali selepas 60 saat. Bila berbunyi ‘beep’ keluarkan termometer dari mulut untuk diambil dan rekod bacaan suhu yang dipaparkan pada carta BBT.

Bilakah masa yang sesuai untuk merekod bacaan suhu asas badan(BBT)?
Masa paling ideal atau terbaik untuk ambil dan merekod suhu asas badan (BBT) adalah sebaik sahaja bangun tidur sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan sebarang aktiviti termasuklah gosok gigi.
BBT


Bagaimana nak dapat Carta BBT??

  • Korang boleh dapatkan di mana-mana klinik sakit puan. mesti ramai yang malu kan???
  • Korang juga boleh dapat dengan Panduan Rahsia Mudah Hamil. Yang nie korang hanya perlu download sahaja. Semua berkaitan dengan kehamilan sudah siap untuk korang.


Bagaimanakah nak baca Carta BBT?
Berdasarkan pada carta kitaran haid (menstruation cycle)  hendaklah ambil bacaan suhu asas badan (BBT) bermula pada hari pertama darah haid keluar (period) bukan hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan kitaran (cycle) iaitu hari dimana telur dalam ovari menjadi matang.

Oleh itu, catatkan bacaan suhu setiap hari bermula dari hari pertama haid (period) dan berikan perhatian pada pertengahan bulan daripada hari haid pertama bukannya bulan dalam kalendar.

Suhu badan asas adalah suhu badan ketika anda dalam keadaan rehat sepenuhnya. Sebelum mengalami ovulasi suhu badan asas anda biasanya antara 96°F(35.55°C) dan 98°F(36.67°C) darjah. Suhu badan asas selalunya ia berada pada tahap 98°F(36.67°C). Selepas ovulasi suhu badan asas (BBT) akan meningkat sedikit, biasanya kurang daripada 1°C F (-17.22°C). Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku. Keadaan paling subur biasanya dalam tempoh 2-3 hari sebelum suhu badan asas anda meningkat atau hari-hari selepas peningkatan itu.

Selain daripada mengukur suhu asas badan ini, fasa ovulasi boleh juga dipastikan dengan melihat pengeluaran cecair mukos (lendir) di bahagian faraj yang mana berubah mengikut perubahan hormon. Selanjutnya untuk pastikan suhu asas badan kita sedang mengalami ovulasi adalah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan kit ujian ovulasi (ovulation kit test).
Sebelum ovulasi suhu asas badan turun berturut-turut dan selepas ovulasi naik mendadak. Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, perlulah peka dengan perubahan suhu tersebut.

Bagi pasangan yang inginkan zuriat adalah disyorkan mengadakan hubungan kelamin bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf diatas, maka bolehlah mengadakan hubungan intim pada hari ke 14, 16, 18 dan 20.

Manakala bagi yang ingin menjarakan anak (merancang keluarga) elakan atau pilihlah tarikh lain atau pun menggunakan kondom atau pun inzal apabila bersama. Ini disebabkan pada ketika masa-masa tersebut, telur/benih perempuan (ovum) dapat hidup selama 12 ke 24-36 jam  (1-2 atau 2.5 hari) dalam keadaan bersedia untuk disenyawakan apabila bertembung dengan telur/benih lelaki (sperma). Jangka hayat telur/benih lelaki (sperma) normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam (3-4 hari) selepas ejakulasi (pancutan mani) ke dalam faraj. Melalui carta suhu asas badan (BBT) ini juga anda boleh merancang untuk menentukan jantina bayi 

Sebagai manusia kita hanya dizinkan merancang dan beruasaha tetapi Allah yang Maha Menentukan segalanya. Berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketentuanNya. Selamat mencuba dan semoga berjaya, In Shaa Allah usaha anda akan mendapat keberkatan dan dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyeri rumah tangga.

Sebagai tambahan, boleh juga mengamalkan Minuman Sunnah dan mengamalkan meminum Air Detox untuk mencuci toksik-toksik dalam badan. Nak lagi cepat korang boleh dapatkan Panduan Rahsia Cepat Hamil untuk korang lebih memahami Carta BBT dan rahsia lain mengenai mudah hamil.

Nota Kaki :


Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengetahui waktu kesuburan seorang wanita. Suami juga perlu memain peranan juga dalam proses menantukan waktu kesuburan isteri, bagi yang ingin merancang untuk mendapat anak. Begitu juga sebaliknya jika merancang untuk menjarakkan anak. Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua.




Artikel Terkait

2 comments

info yg sgt berguna.. tq

Terima kasih..sila share jika bermanfaat kepada semua..


EmoticonEmoticon