Khamis, 6 Ogos 2015

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

Wanita adalah anugerah terhebat kepada seorang lelaki.. tahukah wahai wanita bahawa kalian merupakan insan terpenting di dalam kehidupan seorang lelaki.. Kalian WAJIB menjaga kesihatan luaran dan dalaman demi kebahagian keluarga kalian. Tanpa kalian disisi lelaki PASTI lelaki akan lemah dan terkulai...
AM juga seorang lelaki yang punyai isteri dan sentiasa berada disisi AM dikala susah mahupun senang.. Tanpa isteri disisi banyak perkara AM tidak mampu lakukan. Wanita adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.

Dibawah AM senaraikan beberapa tips yang ringkas untuk diamalkan oleh setiap wanita..

Tips kecantikan dalaman wanita

1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2.     Bersenam
-    Baik untuk kesihatan..elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3.    Jangan merokok
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti orang lebih nak sihat, kan?
4.    Tidur yang cukup
-    Jangan asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dengan wajah yang bersih
6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan
-    Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ianya menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salon, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salon..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8.    Elakkan stress 
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9.    Don't worry, be happy
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau kawan-kawan.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Nota AM :-

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu wanita-wanita diluar sana untuk terus awek muda dan sihat selalu.

Artikel Terkait

2 comments

Yg lain boleh ikut tp yg no 4 tu susah sikit.Huhuhuhu

Permulaan boleh follow yang simple2 dahulu..hihihi


EmoticonEmoticon