Wanita
pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti
kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti
kanser, kencing manis dan sebagainya.
Di usia awal 30-an ini juga jika wanita tidak menjaga kesihatan dengan baik maka pelbagai penyakit mula menyerang setiap wanita. Semoga perkongsian ini dapat membantu wanita untuk kekal sihat.
Namun,
ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan
mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih
baik daripada mengubati”. Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah
kerana ketika itu. Badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat
penyakit.
§
Mengambil Vitamin D dan Kalsium
Dengan
pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra
menopaus. Anda perlu mengambil 1000 mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap
hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara
automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai
ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.
§
Buat Pemeriksaan Kesihatan
Anda
boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser
payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan
menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal,
ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.
§
Kurangkan Memakan Daging Merah
Memakan
daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko
menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone
estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.
Garam juga sebagai penawar pelbagai penyakit yang berpunca daripada pemakanan kita.
Garam juga sebagai penawar pelbagai penyakit yang berpunca daripada pemakanan kita.
Mencegah
lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup
semakin tipis. Jaga kesihatan daripada sekarang.
Nota Kaki :
Semoga tips yang diberi dapat membantu para sahabat AM diluar sana untuk terus kekal sihat dan menjaga kesihatan demi diri sendiri dan keluarga tercinta.
3 comments
masuk 30.. memang badan dah start rasa lain benar... beza sangat time 20an
Masuk je 30an..sungguh beza rasa tubuh badan tu... lain benor masa 20an dulu2...
Biasalah 2 bro...
3 series dan 2 series pun berbeza kan..
EmoticonEmoticon