Sebagai
manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7
hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7
jam semalam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba
canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar
bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah
satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.
Di antara
kebaikan cukup tidur ialah:
1. Jantung sihat
Serangan
sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan
menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada
penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam)
adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat. Bagaimana untuk melihat tanda
serangan penyakit jantung?? Tanda serangan penyakit jantung
2. Mencegah kanser
Orang yang
bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi
mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah
kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu
akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Bagaimana jika penyakit kanser
telah menyerang?? Senarai sayur yang mampu melawan kanser.
Hormon
melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi
menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor
kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang
lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang
diperlukan.
3. Kurangkan stres
Apabila tidak
cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan
tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi
akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon
stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan
oleh badan bagi mengurangkan stres. Jika anda stres bukan ini dapat membantu anda.. Tips kurangkan stres
4. Kurangkan keradangan
Peningkatan
paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga
merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan
diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya. Proses
penuaan ini yang memnunjukkan rupa paras fizikal kita Nampak lebih tua daripada
usia kita sekrang. Pelbagai cara dan perubatan untuk mengurangkan proses
penuaan ini.
5. Menyegarkan badan
Tidur malam
yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk
selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian. Amat-amat
diperlukan oleh badan untuk melakukan pelbagai tugas pada hari keesoknya pula. Minuman sunnah juga mampu menyegarkan badan dengan mengamalkan dengan selalu. Info mengenai Minuman Sunnah
6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa
tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur
nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui
dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang.
Oleh itu,
mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan
daya ingatan yang lebih baik. Betul ke?setiap malam mimpi ada yang indah
mahupun yang seram. Ada juga yang cakap jika kita tidur dan bermimpi
menunjukkan badan kita yang letih sangat-sangat.
7. Membantu menurunkan berat badan
Kebanyakan
kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi
kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur
malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Produk paling laris dan hangat untuk menurunkan berat badan mahupun mengurangkan kedutan pada kulit. Firmax 3 adalah jawapanya.
Ini kerana
kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi
selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan
bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan
seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal. Apa akan terjadi
apabila selepas makan terus tidur???Hihihihi…
8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur
sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam
Islam bagi mengembalikan tenaga.
Sejak
kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya,
contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu
siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit
jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi
kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang
seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam. Di Malaysia jika pekerja tidur
seketika waktu bekerja pasti akan di cop sebagai curi tulang mahupun malas.
9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
Cukup tidur
malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur
akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu,
bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap
malam. Kemurungan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah dari segi pergaulan
mahupun kesihatan sendiri.
10. Membantu memperbaiki sistem badan
Semasa
tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang
disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein
dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi
menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak. Pelbagai kajian telah
dilakukan dan pelbagai cara di buat untuk memulihkan kesihatan badan. Hanya
tidur sahaja ubat paling mudah untuk badan memulihkan fungsi badan.
Nota Kaki :
10 kebaikkan
yang sahabat AM dapat apabila cukup tidur yang sempurna. Bagaimana nak sempurna
tidur??? Tidur yang nyeyak tanpa sebarang gangguan dan bukan tidur ayamnya. Kesan
kuranya tidur yang sempurna telah AM sendiri alami bukan hari ini sahaja malah
dah cukup lama. Kenapa?? Kurangnya waktu tidur yang sempurna. Itu sahaja
penyebabnya. Semoga perkongsian ini dapat membantu para sahabat AM untuk
sempurna waktu tidur nanti.
10 comments
salah satu yang saya belajar masa tingkatan 1 dulu,
guru saya salah seorang pengamal terapi warna,
berdasarkan kajian semasa,
jika kita tidur malam di dalam keadaan yang sangat gelap tanpa ada sebarang cahaya, beserta dengan suhu yang sesuai,
badan kita akan dapat lebih cepat menyembuhkan semula segala sel-sel kita sewaktu di siang hari.
kajian mendapati mereka yang tidur di dalam keadaan yang seperti ini akan bangun dengan lebih segar.
juga, pastikan bahawa lampu sudah pun ditutup sebelum mata kita terlelap, sebab otak kita akan ingat perkara terakhir yang dia lihat.
kajian juga mendapati mereka yang bangun solat tahajjud di tengah malam, kesihatan mereka amat baik.
mereka mendapati udara di waktu itu sangat bersih dan pergerakan solat kita menyebabkan kita dapat menyerap udara bersih dengan lebih berkesan.
*****************************************
[ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
Penyertaan dibuka sehingga : 14/09/2015
mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan (dibuka sepanjang tahun).
maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH
sentiasa berazam nak tidur awal, tapi tak dapat nak awal jg smpai skrg. paling awal pun kul 11.30 mlm
1 perkongsian yang baik dan cukup padat..terima kasih sudi berkongsi tips mengenai tidur yang sempurna..
Sama2 berusaha ke arah tidur awal..sama juga dengan AM paling2 awal jam 12 malam..jarang2 sangat dapat tidur jam 10 mlm
cukup tidur... siang tu kuranglah ngantuk sikit...
cukup tidur barulah pergi kerja muka ada senyum
awek tengok pun tergoda..kikiki
yeah setuju2! :D tidur yang tak sempurna!
Bukan senyum je..ceria lagi..mulakan dengan senyuman..kikiki
Tido lama kalau tak sempurna xda guna juga..huhuhu
EmoticonEmoticon