Kesihatan
gigi adalah antara perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat
akan menjadi penyebab kepada sakit gigi, penyakit gusi dan gigi patah. Orang
melayu adalah antara bangsa yang banyak memiliki petua menjaga kesihatan diri
dan petua kesihatan gigi tidak terkecuali.
Petua kesihatan gigi orang melayu
yang berjaya saya kumpulkan adalah seperti berikut:
1-Petua
kesihatan gigi yang pertama adalah anda berkumur dengan air garam selama dua
minit untuk beri kekuatan kepada gigi.
2-Anda
minum air jus perahan limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi
dan membunuh segala kuman yang berada di dalam mulut.
3-Makan
buah dan sayuran yang mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila anda
makan buah seperti epal, sayur kobis, ulam–ulaman dan buah pear, jus yang
terhasil apabila anda gigit makanan tersebut akan memberi zat kepada gigi anda.
Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi kuat.
4-Petua
kesihatan gigi yang seterusnya adalah anda boleh gunakan kulit buah oren untuk
memutih dan bersihkan gigi anda. Caranya adalah anda gunakan bahagian dalam
kulit yang berwarna putih. Tenyehkan bahagian tersebut kepada gigi anda untuk
beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan melakukannya seminggu tiga kali.
5-Campurkan
garam dan jus perahan limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda.
Gosok gigi anda seperti biasa. Selepas selesai, anda bilas mulut anda dan gosok
gigi dengan ubat gigi biasa pula.
6-Petua
kesihatan gigi seterusnya adalah anda sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik
muka ketika senyum akan menjadikan struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang
yang sentiasa senyum memiliki gigi yang cantik. Mempunyai gigi yang cantik
menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan
orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai
sepasang gigi yang putih berseri.
Dapatkan juga 9 Teknik Putihkan Gigi...
Dapatkan juga 9 Teknik Putihkan Gigi...
Ketahui
rahsia bagaimana hendak memutihkan gigi dalam hanya 20 hari dengan
download ebook percuma di SINI

EmoticonEmoticon