Ahad, 20 September 2015

6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan korang. Sekiranya korang mengalami masalah ini, sudah tentu korang akan  tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha korang, betul tak??.
6 Senaman Untuk Kecilkan Peha


 Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Nak Tanya korang, adakah korang  terfikir cara lain untuk mengecilkan peha korang? Sebelum itu korang dah baca ke 7 Tips Bakar Lemak di Peha dan Betis..

 Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh korang lakukan untuk mengecilkan bahagian peha korang yang macam peha badak tu:

1. ‘Kerusi bayangan’

6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
·      Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
·      Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan korang sedang duduk di atas kerusi.
·      Bila korang sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang korang boleh sebelum korang berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, korang pasti akan dapat bertahan lebih lama.
·      Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
·      Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental korang. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, korang mesti rasa sudah biasa sambil makan kacang je nie..

2. Pergerakan “menggunting”
6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. 

Silangkan kaki korang dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Korang akan dapat rasa tekanan di otot-otot  bahagian peha anda.

 Lama-lama korang boleh gunting kertas dengan teknik ini.. Jangan marahnya..Gurau je..

3. Pusingan bulatan
6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut korang.

 Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang korang angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul korang.

 Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!
6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun korang kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu korang  perlulah berhati-hati! 

Kajian mengatakan bahawa korang  tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci! Ini fakta tau bukan main-main..

Ambil serius jika korang pakai kasut tumit tinggi lebih 2 inci aka nada kesan yang buruk untuk jangka masa panjang. Jangan cakap AM tak pesan tau…

5. Melompat di atas trampoline
6 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. 

Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang korang  boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan korang!

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat korang boleh melihat hasilnya.

6. Miliki Petua dan Panduan daripada Kevinzahri

Kenapa kena miliki Panduan daripada Kevinzahri?? Apa guna korang baca semua 5 senaman tapi korang tak Nampak atau takut nak buat semua tu??

Dengan korang ada Panduan daripada Kevinzahri ini, korang dah dapat ebook siap panduang yang lengkap lagi tau.. Nak lagi best korang boleh join kelas anjuran daripada Kevinzahri. Jom usha-usha apa yang Kevinzahri ini bisingkan kat SINI


Artikel Terkait

23 comments

Tanpa Nama delete 20/9/15

blogwalking follow sini dari Peserta Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

theyanaonly

mmg peha cik en bsr. hihih
Jom singgah blog : Nurfuzie.com

Jom singgah entry ni: TOP ENTRY Minggu Ketiga September 2015

Kena kasi kecik sikit..Nanti bakal suami akan cepat terasa getaran di rusuk..hihihihi..

salam..
tq share..mmg tgh cri info psl ni..haha almklumlah kje kt lam ofc mmg ddk je bjam2 >,<

Wasalam..
Sama-sama..Boleh dikongsi jika bermanfaat..Ada lagi beberapa post yang berkaitan...

best ni..hehe. singgah folo

Terima kasih..alhamdulillah bertambah follower seorang..

Blogwalking sini n follow #17- followback akak tau....ok useful tips..kene try biar fits..hehehe

Terima kasih singgah..
Kena try dan berterusan nie...

wah! mmg nak cr cara kecikkn pon..heheheh thanks!salam kenal

BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

Dah jumpa la nie ya..
Insyallah akan ada banyak lagi tips2 yang AWESOME nanti..

bls kunjungan.. :)

Bagus semua tips-tips ni..nanti nak cubalah..tapi kena ada kekuatan dalaman nak buat..hihi

Kekuatan dan semangat kena ada..
Jangan hangat2 melayu sahaja...
hihihihi

tq for the tips! nak buat hahaa

ur welcome..Dipersilakan amal dan share kepada kekawan yang lain juga

tq for sharing...done follow...

www.efaothman.com

klu nk pkai kasut tinggi,agknya brp cm?

sebaiknya JANGAN pakai kasut tumit tinggi..Bahaya kepada badan untuk jangka masa yang lama..Paling mudah nak tahu kesan pemakaian kasut tumit tinggi paling mudah adalah sakit pinggang...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.


EmoticonEmoticon