Kesihatan
wanita merupakan kunci kebahagiaan rumahtangga..
AM
cakap betul nie..
Mesti
ramai wanita akan cakap TAK BETUL kan..
Makanan
Yang Sihat Menjamin Kesihatan Wanita..
Tanpa
WANITA siapalah sangat LELAKI yang GAGAH???
Tanpa
WANITA tiada lah Zuriat sang LELAKI…
AM
nak SHARE MAKANAN Yang SIHAT Untuk WANITA yang Berkerjaya..
Jangan
cakap AM tak payungnya..
Antara
Makanan Kesihatan Wanita Adalah :
1) Protein soya –
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk
kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam
badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25
gram protein soya setiap hari.
2) Bijirin penuh
– Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami
oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan
barli.
3)
Makanan tinggi folat -Makanan tinggi kandungan
folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting
untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul
dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya
400 mikrogram (mcg) setiap hari.
4) Jus kranberi
– Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah
anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding
pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing.
Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan
kardiovaskular.
5) Air – Air adalah penting untuk semua
proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan
berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah
penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.
6) Sayuran hijau
– Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang
penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran
itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan
setiap hari.
7) Makanan penuh Vitamin
C –
termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam,
tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan
menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah
dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga
hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang –
kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.
Ingatan buat WANITA…
Jaga kesihatan luaran dan dalaman..
BAGAIMANA???
Follow sahaja apa yang AM tulis…
Susah ke???
Mai AM tunjukkan cara PALING SIMPLE dan MUDAH..
Hanya Minum Minuman Sunnah boleh menjaga kesihatan wanita..
Betul ke AM nie??
Tak percaya?? Sila baca Minuman Sunnah…
Dah baca.. Sila tinggalkan KOMEN di bawahnya…
8 comments
Memang betul sangatlah semua tu AM..kena amal selalu :)
Yup..Kena amal la untuk kesihatan bersama..
Bagus info ni..tq
Alhamdulillah..Sila share jika bermanfaat untuk sahabat2 kita ya..
Mmg betul tu AM..sgt setuju.lagi2 wqnita skrg ramai yg bekerjaya..mereka lebih perlukan makanan yg sihat Dan supplement yg sesuai.
Senaman juga jangan lupa..makanan sihat + supplement TANPA senaman tak jadi juga..
Nice sharing... Kalau nak cari supplemen better yg natural based kan..Dan mengandungi sumber kesihatan di atas.
Betul..Sekarang untuk dapatkan nastural based sedikit terhad dan juga kekangan masa yang membataskan keupayaan kita untuk mendapat natural based..
EmoticonEmoticon