Ahad, 6 September 2015

Keistimewaan Si Kuning Lemon

Lemon merupakan buah yang mempunyai pelbagai kebaikkan yang amat banyak. AM telah senaraikan 12 kebaikkan apabila mengamalkan meminum air lemon setiap pagi sebelum ini. Kali ini AM nak kongsikan keistimewaan lain pula mengenai si kuning yang awesome ini.

Pasti korang akan tak akan percaya dengan kesitimewaan si kuning lemon yang begitu awesome..


lemon

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan Jerawat
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat jerawat. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat jerawat yang tumbuh i tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan jerawat  tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau jerawat i ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doktor sebelum memulakan rawatan menggunakan lemon. Boleh juga menggunakan Tati Skincare 5in1 untuk menghilangkan jerawat.

Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Minyak Lemon juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni sebanyak  3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

Merawat deman orang dewasa
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!


lemon

Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. 
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. 
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.


Bersambung lagi DISINI

Nota Kaki :

Semoga perkongsian yang ini dapat membantu sahabat AM untuk mula menghargai dan makan si kuning yang bergelar LEMON yang AWESOME...


Berminat untuk membuat bisnes dengan modal yang KECIK dan keuntungan 1000%?? Anda WAJIB klik banner di bawah..

Artikel Terkait

2 comments

Memang best lemon ni, banyak manfaatnya :)

AM biasa buat Air Detox dengan lemon nie..nak kuruskan perut yang maju ke depan memang menjadi al


EmoticonEmoticon