Selasa, 8 September 2015

Keistimewaan Si Kuning Lemon

Si Kuning Lemon yang awesome dan seksi ini mempunyai pelbagai kelebihan dan kesitimewaan yang amat mengejutkan. AM telah senaraikan 12 Kelebihan Lemon dan juga Keistimewaan Si Kuning Lemon sebelum ini. Kali ini AM nak kongsi lagi keistimewaan si kuning lemon yang ramai orang tak tahu..

Lemon


Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, terutama yang banyak travel jauh-jauh.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam.


Lemon

Tekanan Darah Tinggi
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan tekanan darah tinggi.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah


Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil


Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.


Nota Kaki :

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat semua. Hargai Si Kuning Seksi dan Awesome nie seperti seorang awek..

Artikel Terkait

2 comments

salam . . . :) menarik entry ni (Y) Teruskan lagi share tips2 yang berguna k . . . *** nak entry zinc complex ya ? nnt saya update okay . ")

Insyallah.. akan ada tips2 lagi selepas ini..AM memerlukan support daripada kekawan semua untuk terus berkarya..


EmoticonEmoticon