Ramai dikalangan kita yang tidak pernah mahupun
tidak suka dengan minuman lemon kerana rasa masam yang teramat sangat. Malah
untuk ada lemon di dalam peti sejuk juga amat-amat jarang yang kita jumpa. Di
bawah merupakan 12 kebaikkan yang dihasilkan apabila meminum air lemon setiap
pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya
yang terulung iaitu
·
Sebagai antibakteria
·
antiviral yang kuat
serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam
proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
Lemon mengandungi
·
asid citric,
·
Calsium,
·
Magnesium,
·
Vitamin C,
·
Bioflavonoids,
·
pectin
·
limonene yang
meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita baca apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon
kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh
melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik
dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan
‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja
untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih
bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan
vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals
seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon
menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan
mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan
kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah
kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih
penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang
ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh
membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih
hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon
boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk
air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau
lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah
dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus. Lemon
juga digunakan dalam penghasilan Air Detox
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam
menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan
antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Nota Kaki :
Bukan lemon
sahaja yang mempunyai kelebihan apabila di amalkan. Limau kasturi jugamempunyai kehebatan yang hampir sama dengan lemon. Semoga perkongsian ini dapat
membantu sahabat-sahabat AM semua..

10 comments
kalau cirit birit pun bagus minum lemon ni. Saya biasa minum air lemon je kalau cirit birit. Cepat hilang ciritnya
Ya ke??? Saya biasa buat Air Detox dan paling utama lemon + halia + madu untuk ubat batuk..sentiasa ada di dalam peti sejuk saya..
thorbbaikk utk detox
lemon adalah bahan utama untuk air detox
Saya pun baru berjinak-jinak untuk amalkan buah lemon :)
Good Info Tuan ! Selain tu Lemon sangat bagus kalau anak2 demam/selsema.Kalau selsema mandikan dengan air hirisan lemon suam,dan malam tidur letakkan hirisan lemon di tapak kaki.In shaa Allah cepat turun suhu dan batuk kebah.
Yess terbaik utk detox + sihat...
Lemon nie dah jadi buah yang wajib ada di rumah AM sekarang..banyak kegunaan
Petua yang bagus untuk di amalkan bila ada anak2 nie..Alhamdulillah..sekarang lemon sentiasa ada di rumah AM
Memang TERBAIKKKK lemon nie..
EmoticonEmoticon