Prosedur
Untuk Ujian Sperma (Semen Analysis)
Semalam AM telah kongsi kan artikel
mengenai Ujian Kesuburan Lelaki dan Wanita.
Hari ini AM nak kongsi Prosedur untuk
Ujian Sperma pula..
Ujian Sperma nie satu-satu ujian untuk
mengetahui Kesuburan Lelaki..
FAKTA
Tahukah korang KEMANDULAN nie boleh terjadi kepada lelaki sebanyak 50% dan selebihnya kepada wanita..
Tak menjadi isu kalau tak dapat anak
korang salahkan isteri korang je…
Korang sendiri kena check Sperma
korang cukup ke tak cukup???
Sebelum nie AM dah cerita mengenai AM dan isteri jumpa doctor Reza di
Klinik Reza..
Doktor Reza minta AM membuat Ujian
Sperma di Pathlab di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu..
Punya tak tahu masa pergi la jam 3
petang..
Nak buat Ujian Sperma nie rupanya kena
datang pagi..
Staf Pathlab kasi bekas dan khamis
kena hantar…
Korang ingat senang-senang kasi Sperma
TANPA syarat ke???
Kat bawah nie Arahan Pengambilan
Semen / Air Mani dari Pathlab
1. Tuan dilarang daripada mengeluarkan
air mani dengan apa cara sekalipun dalam tempoh 3 – 7 hari tetapi jangan
melebihi daripada 7 hari (termasuk bersama dengan isteri).
2. Bersihkan kemaluan dengan air yang
bersih. Tuan dilarang menggunakan kondom atau jeli pelincir (lubricant jellies)
untuk menghasilkan sampel air mani.
3. Tuan digalakkan mengosongkan pundi
kencing terlebih dahulu.
4. Pastikan botol yang digunakan untuk
mengisi sample air mani adalah bersih, kering dan telah di steril. Botol boleh
diperolehi daripada kaunter.
5. Jika contoh air mani diambil dari
rumah, ia mestilah sampai ke makmal dalam masa 30 minit.
6. Lindungi sample air mani daripada suhu
keterlaluan ( kurang daripada 15° C atau melebihi 38° C )
7. Pemeriksaan air mani memerlukan masa
yang panjang tuan di nasihatkan menghantar sample air mani seawall yang mungkin
supaya analisis yang lengkap dapat dijalankan.
7 Perkara atau Arahan sebelum korang
hantar sample Air Mani di makmal..
Khamis nanti hantar sample dan
keputusan sebelah petang.. Nanti AM share pulak apa yang di uji dan dikaji..
Korang-korang kaum lelaki tak salah
kalau korang pergi test Sperma korang ya..
Untuk mudah lagi korang kena baca 12 Tips Cepat Hamil..
Dan..
Korang mesti baca Petua Mudah Hamil
yang AWESOME dan KHAS kepada PEMALU nak jumpa doktor..
PASTI..
Korang akan SENYUM nanti…
Dah baca??? Jangan lupa tinggal komen ya...
22 comments
bos..klinik reza tu untuk sakit puan ke tuan?
Sakit puan..kalau tuan kena pi tanya klinik dulu la..kalau saya cadang boleh ke?
boleh juga jumpa dengan doktor azmi di klinik panchor.
mane kputusan yg telah diujikaji?boleh share x kputusanya? n cara baca resultnya?sy dh buat tp xtahu nk baca mcm mana ok ataw x spermanya.
Maaftuan..keputusan telah diambil oleh doktor selepas saya melakukan ujian sperma..
Saya sendiri pun tak sempat nak tengok keputusan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah yang kritikal. Cuma kuantiti sperma saya kurang dari sepatutnya..
Ada tips tak untuk memperbanyyakkan sperm? Sebab suami pun mengalami masalah yg sama. Sy buat prosedur kesuburan di hosp kerajaan di ipoh
Kena ambil supplement la..
Pemakanan pun kena jaga..
Zink kena lebih..
AM ada sediakan beberapa posting untuk tambah kuantiti sperma..
ada prosedor jugak ya
TQ AM sharing info :)
Ada..
Senang je kalau kita ikut dan faham..
Tq AM sbb kngsi bnda yg brmnfaat...nk tnya ad xpost ttg cra tuk tngktkn ksuburan llki?
Ada tuan...
Boleh baca yang ini http://www.alongmisuari.com/2016/12/petua-untuk-meningkatkan-kesuburan.html?
am nak tny,berapa kos ujian kesuburan??
Tak mahal sebenarnya..
AM buat di Pab Lab Kota Bharu.. RM 150 sahaja..
Nasihat AM..
Jika nak buat ujian sperma sebaiknya suami pergi sendiri di mana-mana lab yang ada servis nie. banyak risiko yang tak dijangka jika buat di rumah dan bawa sperma..
Salam Am nk tanye. Doktor Azmi klinik panchor tu di mana ya?
Jalan hospital..Sebelum sampai hospital kota bharu..sebelah kanan dari berek 12
Brpa kos utk sperm count tu? Kt swasta
RM 150 sahaja..
salam am, maksudnya lpas buat test, result tu kena jumpa dgn doktor ke untuk consultation?result dari Pathlab ni diorang just bagi kertas je ke without penerangan ap2?
Ya..dapat result dari patlab memang kena jumpa doc untuk penerangan dengan detail..patlab bagi kertas result sahaja..
Seremban dekat mana nk check
Saya tak pasti lah di Seremban..Mungkin boleh bertanya klinik sakit puan yang anda biasa pergi..
path lab mahal...
Semua mahal tuan..
EmoticonEmoticon