Rabu, 9 September 2015

Review : LeoRa Fragrance


Salam..
Perfume badan semua orang nak pakai kan.. Lagi MAHAL lagi LAMA bertahan.. Betul tak??
Sekarang berapa banyak perfume yang ada dipasaran dan berapa banyak juga perfume gred AAA atau pun A yang dijual MURAH-MURAH..

Banyak-banyak PERFUME yang ada, AM terpikat dengan satu rangkaian perfume yang telah di hasilkan oleh BUMIPUTERA Malaysia. Percaya tak??? Orang Malaysia pun pandai buat perfume tau..

Nak tahu PERFUME apa???

LeoRa Fragrance

“Wangian asli 'homemade' tanpa alkohol dengan haruman bunga-bungaan dan gaharu yang begitu harum mempersonakan serta memikat, mampu bertahan lebih lama sehingga 8 ke12 jam bila digunakan. Berkonsepkan wangian mewah dan eksklusif pada harga mampu milik.”


Berapa jenis Leora Fragrance nie ada?? Kat bawah AM sediakan jenis-jenis Leora Fragrance dan harga sekali….

Assez

 ASSEZ 

Wangian yang diadun dengan bauan haruman epal serta bunga-bungaan tropika seperti ros dan lain-lain serta vanilla menjadikan Assez wangian yang menggoda dan romantik serta membuka kesegaran minda.
Seperti satu pengalaman yang indah, tenang, nyaman dan meredakan ketegangan dengan haruman Assez.

Eleve


 ELEVE 

Wangian khas untuk wanita yang bercitarasa tinggi kerana rahsia harumannya terselindung di sebalik semburan pertama.
Haruman yang jauh lebih lembut sempurna menjadikan ia wangian yang manis mempesonakan dengan kelainannya yang tersendiri.
Di adun khas dengan bauan tembikai susu dan bunga-bungaan tropika.

Reussi

 REUSSI 

Wangian untuk si jelita yang berkerjaya dan berjaya digabungkan dari haruman bunga-bungaan seperti melati dan ylang-ylang menjadikan ianya feminin namun disegarkan dengan bauan kasturi dan kayu.
Melangkah yakin si jelita ditemani semburan wangian yang bertahan seharian disamping kerjaya yang mencabar.
Reussi pilihan tepat si jelita.

Viril

VIRIL 

Wangian yang diformulakan khas bagi jejaka tampan perkasa memberikan satu pengalaman yang menyamankan dengan bauan kayu, limau dan kesegaran rempah. Gabungannya menjadikan Viril sangat istimewa.
Haruman yang melekat di tubuh dan pakaian kekal seharian menjadikan diri rasa lebih berkeyakinan melangkah.

Beau Gurrier

BEAU GURRIER

Kelainan haruman wangian Beau Gurrier menjadikan sang jejaka yang memakainya merasa lebih yakin diri dengan ketrampilannya yang lebih bergaya.
Wangian yang diadun dengan vanilla, bauan kayu segar dan buah-buahan serta kasturi menghasilkan adunan haruman yang segar dan nyaman.
Tidak hairanlah jika anda memilihnya.

Fraicheur

 FRAICHEUR

Haruman buat sang jejaka yang aktif dan agresif di luar, olahan musky dan bunga-bungaan serta rempah seperti cengkih menjadikan Fraicheur haruman yang tepat buat anda.
Wangian yang lain daripada yang lain kerana ia memberikan bau yang segar dan membangkitkan semangat.

blooming oudh


BLOOMING OUDH 

Olahan haruman yang dihasilkan dari bunga mawar, melati, ylang-ylang, kasturi putih, vanilla, dan yang paling penting campuran gaharu di dalamnya menjadikan Blooming Oudh hasil seni haruman yang istimewa.
Direka khas untuk lelaki dan wanita yang mementingkan keunikan wangian mereka.

princess Oudh


 PRINCESS OUDH

Haruman segar yang dihasilkan oleh gaharu, anggur dan bunga-bungaan menjadikankan Princess Oudh hasil olahan seni wangian yang begitu menyegarkan dan mengasyikkan kepada si jelita. Rasakan kelainannya bila disirami haruman yang manis dan lembut. 

Royal oudh

 ROYAL OUDH

Hasil terbaik dari olahan gaharu dan sumber alami yang lain seperti rose, kasturi, bergamot dan manisan.
Rahsianya pada seni campurannya yang disertai aura positif yang penuh tenaga, keinginan dan citarasa mewah menjadikan Royal Oudh oleh LeoRa penuh misteri kepada pemakainya sama ada si jejaka atau si jelita. Rasakan pengalaman itu sendiri seindah apabila semua unsur alam yang menyatu.

Sage

SAGE 

Haruman khas diolah untuk si jejaka yang sukakan kesegaran yang penuh bertenaga ini disenikan oleh hasil campuran bauan kayu, bunga lili, kasturi, dan bergamot.
Disebabkan gabungan harumannya yang segar bertenaga namun lembut menjadikan Sage juga sesuai untuk dipakai oleh si jelita yang extreme.


Nota Kaki :

AM memang berpuas hati dengan LeoRa Fragrance nie.. Harga agak mahal sikit TAPI kepuasan memakai mengatasi harga.. Boleh bertahan sehingga 8 jam seperti perfume yang mahal-mahal...

Jom sama-sama kita support PRODUK BUMIPUTERA MALAYSIA...

BERMINAT....

Nak Order....



Artikel Terkait

2 comments

1 pon x pernah try lagi, hikhik... ~

Boleh la try..boleh order gan AM..memang tak menyesal la beli Leora nie


EmoticonEmoticon