Semalam
punya cerita..
AM dan
isteri telah berkahwin selama 3 tahun 4bulan sudah..
Sehingga
hari ini Tuhan masih menguji kami untuk berusaha untuk mendapat baby pertama
kami..
Kebetulan
semalam juga AM dan isteri berjumpa dengan doctor sakit puan..
Untuk Ujian
Kesuburan kami bersama..
Bukan untuk
isteri AM sahaja TETAPi untuk AM juga..
Kali pertama
berjumpa dengan Doktor Reza, doctor pakar sakit puan HUSM
Klinik Reza
merupakan klinik yang kekawan cadangkan untuk rujuk permasalahan sakit puan.
Paling best,
tak perlu buat apa-apa temujanji dahulu.
Just, pergi
dan daftar sahaja.. Insayallah jika doctor ada boleh jumpa terus.
Pengalaman
jumpa doctor reza…
Paling best
dan terkejut adalah doctor reza sendiri yang buka pintu dan menghulur tangan untuk
bersalam dengan AM…
Susah nak
jumpa doctor yang begitu mesra alam dan banyak cerita..
Kalau AM
sendiri tak dapat nak tangkap apa yang doctor cakap..Tak tahu la orang bukan Kelantan
nak tangkap cam mana..
Punya laju
dia bercakap sehingga ada info yang AM tak dengar atau tak sampai..
Doktor Reza
mencadangkan AM menjalani Ujian Sperma di Pathlab Kota Bharu..
Isteri pula
diberi 3 jenis ubatan kerana beliau 1st Period semalam..
Esok nak
pergi buat Ujian Sperma..
Sabtu nanti
kena jumpa doctor Reza lagi…
Pengalaman Ujian
Sperma nanti AM kongsikan esok…
Kalau korang
MALU nak jumpa doctor korang WAJIB kena baca benda nie..
Benda apa???
Benda nie la… Rahsia Mudah Hamil..
AM pun nak
kongsikan fakta dan mitos mengenai Sperma Lelaki..
Mesti ramai
yang nak tahu kan???
Teruskan pengembaraan
korang…..
.
.
.
.
Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilansperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi
pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan
kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma –
ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz
buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan
untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur
sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas
proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih
boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti
lazim. Punca dan Petua untuk Kesuburan Lelaki
Bagaimana dengan fakta Sperma Lelaki pulak AM???
.
.
.
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung
dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu
berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang
dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini
untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan
sperma dan saiz
melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu
mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks.
Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory
system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya
menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh
walaupun lelaki itu muda. Sini AM ada cerita beberapa Tip Meningkatkan Sperma Lelaki tau..
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga
lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi
prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi
cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi
epididimis. Berhenti
merokok dapat
mengubah komposisi ini. Petua Mudah Hamil..
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta
perlahan atau lambat.
Macam mana??? Nasihat kepada perokok tegar SILA BERHENTI
MEROKOK…
Esok AM akan kongsikan Ujian Sperma untuk Lelaki pula..
Seperti dijanjikan..
Prosedur Untuk Ujian Sperma Lelaki Di PAthLab Kota Bharu...
Seperti dijanjikan..
Prosedur Untuk Ujian Sperma Lelaki Di PAthLab Kota Bharu...
4 comments
sangat informative
masih terus mencuba
Alhamdulillah..
Silakan share tuan jika bermanfaat..
Assalam nk tanya klinik Dr reza ni kat kb kat Area mn?
Wasalam..
area KB berdekatan dengan kompleks sekolah2 kota bharu..
EmoticonEmoticon