Isnin, 26 Oktober 2015

10 Cara Bijak Menikmati Makanan Sihat Yang Kita Tak Fikir...

Makanan sihat..Semua orang antara kita nak makan makanan dengan sihat dan makanan sihat. 2 perkara yang sama tapi makanan sihat adalah yang utama.. Ada juga yang beranggapan bahawa makanan sihat adalah makanan yang mahal sahaja.

10 Cara Bijak Menikmati Makanan Sihat Yang Kita Tak Fikir...

Anda silap jika beranggapan begitu. Macam mana dengan makanan sihat? Mahal ke? Yang murah pun ada makanan sihat tau.. Antara kita sedar atau tidak sahaja..
Jom kita mengembara 10 cara bijak menikmati makanan sihat dengan kos yang murah..

Tanam Sendiri Dirumah
Pastikan kita meluangkan masa untuk menanam sayuran sendiri. Selain menjimatkan, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan hobi baru yang boleh menjamu mata kita dengan persekitaran yang hijau dan sihat. Kita juga dapat mengawal penggunaan racun perosak yang kurang elok untuk kesihatan.

Diet Rendah Kalori Dalam Menu
Amalkan memakan makanan yang mempunyai kandungan kalori yang rendah supaya dapat mencegah dari penyakit diabetes dan obesiti. Lebihkan memakan sayur-sayur dan buah-buahan didalam menu harian anda. 


Masak Lebih Banyak dan Bekukan
Jika kita tidak sempat untuk memasak disebabkan oleh aktiviti yang terlalu padat, kita boleh memasak makanan dengan kuantiti yang banyak dan bekukan. Kita hanya perlu panaskan jika hendak makan.Senang bukan??

Kerap Makan Dirumah
Nikmati masakan sendiri dirumah lebih baik dibandingkan dengan makan di kedai kerana jika kita memasak sendiri makanan dirumah lebih terjamin tahap kebersihan dan keselamatan makanan.
Jika kita seorang yang bekerjaya dan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk memasak, kita boleh sediakan bahan-bahan untuk memasak dan simpan didalam peti. Kita juga boleh membeli alat memasak yang lebih mudah sepeti pemanggang.


Bawa Snek
Hidangan sihat bukan sahaja boleh dinikmati dirumah sahaja bahkan ketika kita keluar membeli belah juga kita boleh makan snek sihat. Ini membantu kita daripada terliur melihat makanan tidak sihat yang banyak dijual diluar. Kita juga makan buah-buahan sebagai snek.


Potongan Harga Tidak Menjamin Kualiti
Kebiasaannya pasaraya seringkali menjalankan promosi potongan harga untuk produk yang rendah kualiti. Pastikan kita tidak mudah terpedaya. Belilah produk yang berkualiti, boleh disimpan lama dan digunakan dengan optimum.


Beli Makanan Segar
Bagi menjimatkan wang dan untuk mengekalkan tahap kesihatan, kita boleh menggunakan wang dengan membeli buah-buahan segar, sayur-sayuran segar, susu rendah lemak dan bijirin. Elakkan membeli makanan yang diproses dalam bungkusan kerana mengandungi bahan kimia dan kandungan lemak yang tinggi.

Pilih Sumber Protein
10 Cara Bijak Menikmati Makanan Sihat Yang Kita Tak Fikir...

Pastikan didalam senarai menu kita terdapat pilihan makanan dari sumber protein seperti ayam, ikan, telur, susu, kekacang, bijirin, beras merah yang teramat penting untuk mendapatkan gizi yang seimbang. Kita juga  boleh mempelbagaikan hidangan setiap hari supaya tidak membosankan.

Beli Dalam Jumlah Yang Banyak
Kita boleh membeli bahan makanan yang sihat untuk stok seminggu dan simpan ditempat yang sesuai supaya tahan lebih lama.

Rancang Menu Mingguan
Rancang menu harian kita supaya dapat mengelakkan dari pembaziran. Senaraikan perbelanjaan yang lengkap supaya kita tidak menghabiskan banyak duit dengan membeli bahan makanan yang tidak sihat dan menambahkan kalori kita.





Artikel Terkait

2 comments

yg penting masak sendiri.. blebih sihat

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

Ya..lebih sihat dan lebih sedapp..


EmoticonEmoticon