GEMUK..mimpi ngeri buat semua
wanita dan wanita yang bergelar seorang isteri. Kegemukkan wanita berpunca
daripada pelbagai penyebab. Bagi suami pulak jangan berpaling tadah pula bila
isteri gemuk.
Bila isteri mula gemuk, ada
sesetengah suami mula membuat alasan untuk kahwin lagi. Suami boleh kahwin 4
TETAPI dengan seorang isteri pun dah tak mampu nak tanggungjawap, ada hati nak
kahwin lagi.
Tapi tahukan anda semua wahai kaum
suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu
kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan
dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan
membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.
Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-jalu, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.
Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anak menangis...jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana
sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan
oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak.
Sayang katanya... takut membazir.
Membazir itu kan amalan syaitan.
Si suami pulak dengan selamba
mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam
nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati.
Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya.
Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.
Kedut-kedut pun mula wujud. Kan
petua untuk cantik kena minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Bagi wanita yang berkerjaya,
sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik
rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.
Dengan perangai anak-anak,
perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel,
marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua
dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..
Oleh itu, hargailah segala
pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja
isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda
mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Tapi kalau sang suami boroi...sebab apa pula??
KHAS buat isteri…
Badan berbau SEBAB melayan karenah
anak-anak, memasak dan macam-macam kerja lain.
Paling best.. Isteri-isteri nak
mengoda kembali TARIKAN suami.. AM nak share kan sesuatu yang membuat suami
akan TERTARIK kembali kepada anda…
Nak tak???
6 comments
Betul tu...
Suami...sayanglah dan hargailah isteri anda...
SINGGAH >http://jmbelog.blogspot.my/2015/09/segmen-jom-tambah-follower.html
Kami suami2 sentiasa menghargai segala kerja buat isteri kami..
Insyallah...
Lelaki boroi pula sebab isteri suka masak sedap2 hahaha
Itu semestinya..Hahahaha...
EmoticonEmoticon