Kenapa kita perlu minum air yang cukup dan kerap?
Kita digalakkan minum air dengan kerap, doctor-doktor sentiasa
menyarankan supaya kita minum air dengan cukup.
Kita juga selalu dengar, untuk badan normal kita perlu minum
sekurang-kurangnya 2.5liter - 3 liter dalam sehari.
Ramai yang salah sangka, kerana ingatkan kena minum 3 liter
sekali minum ke? Tidak sama sekali.. Paling senang sukat siap-siap air dan
habiskan dalam masa sehari…
3 liter hanyalah ukuran, untuk kita habiskan dalam masa satu
hari. Tetapi harus diingat, minum secara berkala iaitu berkadar perlu sahaja setiap
masa. Dalam kata lain, sedikit tetapi kerap. Contohnya, satu jam kita minum air
masak satu gelas dan ulang sehingga cukup 3 liter.. kalau nak minum lebih pun
boleh..hehe
Ok, kenapa kita kena minum dengan kerap? Sebab dalam badan kita
ada kahak. Kita tahu tak apa fungsi kahak? Kahak ni akan kumpul semua
kuman-kuman yang kita dapat melalui udara.
Fungsi kahak ni akan mengumpul semua kuman yang masuk ke dalam
mulut kita.Apabila telah banyak terkumpul tetapi kita tak 'flush' kahak, maka
kahak itu sendiri akan pecah dan merebaklah segala kuman yang telah terkumpul
tadi di dalam badan kita. Pasal tu la kita boleh demam atau selsema atau batuk
dan macam-macam lagi penyakit yang berpunca kahak yang tidak di flush tadi.
Bila kita minum air. secara automatiknya kita dah 'flush' kahak
tersebut..Ia akan keluar melalui atau jadi air kencing atau juga jadi peluh
kita, yang penting ianya akan keluar dari badan kita.
Ok, sekarang dah faham kenapa kita perlu minum air??? Jadi,
tunggu apa lagi?? MINUM AIR SEKARANG!")
Semoga bermanfaat semua..

EmoticonEmoticon