Jumaat, 30 Oktober 2015

Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Tomato..Sesiapa pun kenal bukan? Tanya kanak-kanak pun pasti mereka akan cakap kenal dengan buah tomato nie. Buah yang berwarna merah seksi mengoda sesiapa sahaja yang melihat.
Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Ada orang suka makan tomato kecil yang segar-segar..Ada yang suka makan dalam masakan sahaja. AM sejujurnya suka makan tomato kecil yang segar terutama dari Cameron Highlands. Jika tomato yang besar wajib makan setelah dimasak. Hihihi…

Teruskan pengembaraan untuk mengetahui khasiat – khasiat tomato yang paling AWESOME yang ramai tak tahu mahupun tak ambil tahu..

1. Pengawalan Berat Badan

Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Tomato mengandungi rendah lemak serta tiada kolesterol menjadikan tomato berkhasiat untuk dimakan. Tomato juga  mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut.

Bagi yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan boleh jadikan snek ketika terasa lapar.

2. Membantu Masalah Susah Tidur

Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. 

Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia.

3. Mengurang Kerosakan Kulit

Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Tomato juga terkenal sebagai agen kecantikan kulit kerana sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit.

Kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

4. Membantu Penglihatan Mata

Khasiat Buah Tomato Paling AWESOME…

Selalunya kita akan makan lobak untuk kesihtan mata tapi ramai tak tahu sebenarnya buah tomato juga bagus untuk kesihatan mata.

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat di dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

5. Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

rujukan: majalah EH

Jangan dilupa juga Lemon juga mempunyai khasiat yang baik untuk di amalkan..

Artikel Terkait

8 comments

makan tomato jap sambil follow sini....

memang bagus..AM suka makan tomato kecik sebagai salad...

Terima kasih..makan tomato banyak2 ya..bagus untuk kesihatan..

suka makan tomato buat ulam :)

cam mana 2 buat ulam???

Sedapnya tomato ni...rupanya ubat bagi yang susah hendak tidur ya.

Kena makan banyak tomato untuk lena tidur malam..hihihi


EmoticonEmoticon