Lengan
kurus pun ada tips juga ke?? Ingatkan Tips Kuruskan Peha dan Kuruskan Perut je
ada..
2
masalah di atas dah ditulis sebelum ini. Hari ini AM nak cerita untuk Kuruskan
Lengan pulak. Korang yang ada masalah Berat Badan pasti mempunyai masalah
lengan yang besar sesuai dengan berat badan.
Tak
perlu nak sembang panjang-panjang dah… Teruskan pengembaraan korang dengan
berhati-hati.. Selamat membaca..
1) Angkat Berat
Paling
simple korang nak buat angkat berat adalah di gym yang menyediakan kemudahan
yang lengkap untuk korang nak buat senaman angkat berat.
Nasihat
AM, untuk kali pertama dan pengenalan sebaiknya korang perlu ada jurulatih atau
teman bagi membantu korang nanti. Bukan main-main tau, AM pernah dah buat
senaman angkat berat, memang perlukan teman. Serius bro...
Sebaiknya
korang buat senaman angkat berat nie 3 kali seminggu..
Korang juga boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman. Selain
daripada itu, korang juga boleh mencari alternatif lain seperti mengangkat tin
atau botol berisi air atau pasir di rumah. Lakukan sebanyak set yang korang
mampu.
2) Aerobik
Aerobik merupakan salah satu cara yang paling baik untuk
menggerakkan keseluruhan tubuh badan korang. Latihan windmill atau kincir angin turut membantu anda
untuk mendapatkan lengan yang kurus.
Angkat
kedua belah tangan korang seperti kedudukan kincir angin. Tangan kanan korang cuba
mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula. Seterusnya,ulang pergerakan
menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan.
3) Push-Up
Senaman Push-up membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia
boleh membentuk lengan serta mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan
korang. Dengan menjadikan push-up sebagai
rutin harian korang, korang akan
memperolehi lengan yang cantik dan kurus seperti idaman korang.
Untuk permulaan korang boleh bermual dengan 5 kali push-up untuk
setiap sesi..Secara perlahan-lahan boleh naikkan jumpah push-up. KJ mampu buat
40 kali push-up, tak kan korang tak tercabar bro..
4) Boxing
Bagi korang yang mengamal gaya hidup yang sihat, boxing agak popular sebagai cara untuk
mendapatkan lengan yang cantik dan kurus. Melalukan boxing dengan
menumbuk punching bag akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan korang
serta boleh membentuk lengan yang cantik.
AM sendiri bila waktu rehat semasa berada di gym akan digunakan
untuk menumbuk punching bag. Secara tak langsung extra senaman untuk AM
sendiri.
Korang
juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan korang sedang
menumbuk orang yang korang paling meluat bagi mendapatkan lengan yang pejal dan
cantik. Hahaha.. Motivasi untuk korang menumbuk dan terus menumbuk.
5) Makanan
Mengambil
makanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting. Korang perlu bijak
mengawal pemakanan serta menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu
korang mendapatkan tubuh yang langsing dan lengan yang kurus. Korang boleh juga
membaca 6 Sebab Berat Badan Meningkat yang ada kaitan dengan pemakanan.
Keutamaan
makanan yang perlu diberi perhatian ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging,
kekecang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu.
Korang boleh merujuk Tips Dapatkan BAdan Six Pack.
Pengambilan
diet yang seimbang membantu anda mendapat hasil yang lebih cepat berbanding
mengamalkan diet tradisional seperti berlapar setiap hari.
6) Minum Banyak Air
Air
merupakan medium terpenting yang berfungsi mengeluarkan toksin daripada tubuh
korang. Namun, pengambilan air secara berlebihan juga adalah tidak digalakkan.
Sebaik-baiknya minum air sebanyak 8 gelas sehari atau 2-3 liter mengikut keperluan
berat tubuh korang.
Minum
air pun jangan pulak korang minum air yang manis-manis lak. Sebaiknya korang
minum air mineral sahaja.
Korang
nak Kuruskan Badan??
Cara
dan tekbik paling mudah.. Loss 5KG in 1Week.. Biar betul bro..
Betul
la nie bro.. Korang dapatkan Panduan DISINI..
Serius
AM nak tipu tau.. Korang baca sahaja DISINI…
Kesimpulannya,
korang pergi ke gim setiap hari tidak menjamin untuk korang menjadi cantik dan
hebat. Amalkan cara hidup yang sihat adalah sangat penting. Bersabar menunggu
hasil daripada usaha yang korang lakukan. Yang paling utama adalah buat bersungguh-sungguh
dan tidak mudah berputus asa.
Tak
ada perkara yang mampu memberi kesan dalam sekelip mata sahaja. Apa-apa pun korang
kena konsisten dengan apa yang korang telah lakukan. Semoga korang mendapat apa
yang korang impikan.
8 comments
cik en handle lembu kambing pon dh besar tgn ni
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Huhuhu..
Takutnya dengar..kikiki
Hai cik en..Pepagi dah merayap ya..bagus betul la..
kena selalu dukung anaklah kalau camni
Hahahaha...
Gantikan dumbell dengan anak..Memang genius..
I'm starting with boxing... hehe, belatih tumbuk orang pun boleh ni..
Hahaha..
Tumbuk orang tu dah advance dah nie..
Kikiki
6 tips boleh kuruskan lengan...sungguh bombastik...
boxing salah satunya...superb...
Jom santai-santai join Giveaway
Giveaway Nurfuzie Dot Com #1
Jom sama2 memeriahkan GA cik en nie..
EmoticonEmoticon