Isnin, 19 Oktober 2015

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Penyakit Jantung.. merupakan penyakit UTAMA di Malaysia dan PEMBUNUH No 1 Di Malaysia.. Kebanyakkan serangan jantung menyerang secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal.

Pembunuh No 1 Di Malaysia


Serangan jantung bukan sahaja menyerang kepada warga tua TAPI warga muda juga tidak terkecuali daripada mendapat serangan jantung. AWAS.. Sahabat semua, penyakit jantung mampu mengetuk badan kita yang muda yang sihat ini.

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Kita boleh mengesan tanda-tanda awal penyakit jantung dengan beberapa tanda yang wujud pada badan kita. Semoga perkongsian di bawah dapat memberi amaran awal kepada kita semua. Selamat mengembara sahabat semua..


1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing dan tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya yang teruk.

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas, segera buat pemeriksaan dengan doktor ya.

Sejujurnya, AM sudah pun mengalami tanda-tanda di atas.. Kena berjumpa dengan doctor dan membuat pemeriksaan berkala sudah.

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Kita perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika kita bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Pembunuh No 1 Di Malaysia


Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Pembunuh No 1 Di Malaysia

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.

Bagaimana??? Apa paling PENTING adalah..


Jika kita mampu menjaga 4 perkara di atas, InsyaAllah kesihatan kita akan seimbang dan penyakit susah untuk mengetuk badan kita nanti.

Jom sama-sama kita wangikan diri kita dengan Produk LeoRa.. 100% Homemade dan PREMIUN dengan HARGA PASAR MALAM…

Khas buat Jejaka Maskulin.. DISINI

Khas buat Wanita Terhangat.. DISINI


Nak muka putih, gebu dan sekata?? Mai KLIK SINI untuk Sabun PamoArgan.. 100% organic

Artikel Terkait

4 comments

o rasa seronok tiba-tiba pun boleh jadi punca penyakit jantung ya

Secara tiba-tiba tanpa sebb yang jelas...huhuhuhu

Semalam baru je member cerita arwah ni badan kurus umur masuh muda...meninggal akibat serangan jantung.

Allah lebih sayang arwah ini.

Moga rohnya sentiasa tenang dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

serangan jantung tak kira siapa dah sekarang..tak jaga kesihatan pasti serangan jantung akan mengejutkan kita..kena sama2 berhati2 la


EmoticonEmoticon