Sabtu, 3 Oktober 2015

Snek Boleh Buat Diet..Biar Betul???

DIET.. Semua orang nak diet dan nak KURUS..

Dari anak badak kepada anak kucing.. Sebut je DIET ramai di kalangan korang yang akan fikir
Diet adalah JANGAN MAKAN atau KURANGKAN MAKAN
Betul ke cam tu??  Ada juga antara kita DIET bagai nak rak TAPI berat badan naik cam roket juga…
Ada yang memang tak JAGA diet tapi badan cantik je.. Isteri AM la kalau cam tu.. AM bagi banyak mana makan pun tetap cam dulu-dulu juga..



Sebut je SNEK.. Mesti korang terbayangkan makanan ringan yang siap dibungkus dan keriang kan?? Snek juga merupakan MUSUH utama kepada sesiapa sahaja yang nak DIET.. Korang MESTI baca post ini mengenai SNEK mampu meningkatkan berat badan korang..
TAPI.. Dengan snek yang betul korang boleh amalkan ketika korang diet. Tak kira la korang diet sebab nak kahwin ke? Korang diet sebab nak cantik ke? Yang penting snek boleh ddijadikan satu amalan di dalam program diet korang.

Menurut pakar diet,
Makanan ringan adalah satu cara yang paling bermanfaat jika dilakukan dengan betul.
Snek yang baik adalah snek yang berkhasiat dan sesuai dengan diet korang sekarang seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu rendah lemak.



Korang kena ingat memilih makanan ringan secara bijak sama dengan korang memilih makanan yang mampu membakar lemak tepu di dalam badan korang dengan baik.
Berikut adalah beberapa idea untuk pelbagai jenis makanan ringan. Korang hanya  perlu memilih makanan yang sesuai mengikut hari dan waktu, bukannya makan secara sembarangan dan nafsu korang sahaja.

1. Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornflakes dan lain-lain. Jika korang gemar makan roti, cuba bertukar kepada roti gandum. Ambil masa tapi penting untuk korang tau.



Snek Boleh Buat Diet..Biar Betul???


2. Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengah hari. Selepas sarapan,korang  boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, atau daging bakar. 



Snek Boleh Buat Diet..Biar Betul???

3. Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fi bre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus. Jangan korang makan snek yang manis-manis atau banyak perisa lak.



Snek Boleh Buat Diet..Biar Betul???

4. Jika korang suka minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika korang biasa dengan satu sudu gula, korang kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong. Lagi best korang buat Air Detox sendiri.



Snek Boleh Buat Diet..Biar Betul???

5. Jika korang makan makanan berminyak seperti kuih, roti, dan lain-lain yang berminyak.. Sebaiknya korang lap dengan tisu dahulu untuk membuang minyak yang berlebihan. Minyak MUSUH apabila korang dalam mood diet.

6. Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Bukan korang makan berpinggang tau. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi.

Paling simple TAPI susah nak buat.. Betul tak??
Selagi mana korang ada niat nak diet dan konsisten, InsyaAllah korang mampu lakukan.  Korang juga boleh dapatkan Panduan Loss 5KG in 1WEEK..
Korang pasti tak PERCAYA dengan tips dan panduan yang diberikan.. Janji korang follow je apa yang di ajar di dalam Panduan Loss 5KG in 1WEEK..
Jangan gossip AM tak kongsi tau..
Semoga korang Berjaya untuk diet dan mendapat berat badan yang idea. Korang nak tahu Bau Badan juga mempegarunhi Berat Badan juga tau..
Korang nak try Minyak Wangi PREMIUM dengan Harga PASAR MALAM… Mai AM nak kongsi kat SINI..
Ada PROMOSI sekarang… Komen PROMOSI kat bawah.. AM akan email PROMOSI apa yang BEST GILA nie.. Terhad kepada 10 orang sahaja..

Ingat.. 10 Orang SAHAJA..

Artikel Terkait

4 comments

kurang gula, kurangkan garam.

ya. itu yang sepatutnya.

Ditambah dengan senaman yang cukup..sempurna hidup untuk sihat..
OMG..OMG..
En titan komen blog AM....

diet adalah menjaga pemakanan dengan betul sebenarnya. hahahhaha

baca juga: 17 Makanan Paling Berbahaya Di Dunia

betul..diet paling utama adalah menjaga pemakanan kita...


EmoticonEmoticon