Ahad, 11 Oktober 2015

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Ramai di kalangan kita yang sedang mahupun plan nak BERDIET.. Adakah kita sudah bersedia untuk BERDIET??
Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet
DIET adalah cara paling ramai untuk KURUSKAN BADAN yang GEMUK-GEMUK.. Ada pelbagai tips yang dikongsikan mahupun di cerita oleh AM sendiri di dalam blog ini seperti :-

Dan banyak lagi tips yang AM kongsikan. Silakan melepak-lepak mencari tips untuk kuruskan badan dengan cara selamat dan diet yang berkesan.
Bila kita sebut DIET akan pasti adalah LAPAR akan terlintas di fikiran kita semua. Bagaimana kita diet dan CUBA untuk merasa lapar yang boleh menganggu proses diet kita nanti.
Dibawah AM sediakan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh kita semua semasa proses DIET.

1. Kerap minum air

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Kerapkan minum air membantu badan kita untuk mengeluarkan toksik dan membuatkan kita berasa kenyang. Tubuh badan yang dapat hidrasi dengan baik membuatkan badan kita lebih sihat. Jadi amalkan segelas air setiap sejam.

2. Letak kayu manis dalam masakan

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Salah satu fungsinya untuk menstabilkan gula dalam darah sekaligus melambatkan pencernaan. Ini membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama.


3. Makan secara perlahan

Ikut sunnah Nabi kena kunyah sebanyak 44kali kan. Ini kerana ia membantu proses pencernaan agar dapat dicerna dengan baik. Kenapa 44kali?? Supaya makanan yang dikunyah betul-betul hancur dan memudahkan perut untuk diproses.

4. Makan buah 

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Antara minum air buah dan makan buah. Sebaiknya kita amalkan mengunyah dengan makan buah yang dipotong. Ini dikatakan membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama.

5. Kurangkan gula 

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Contoh sewaktu tekanan darah menurun ini menyebabkan kita menjadi lapar.Jalan terbaik ialah dengan mengurangkan pengambilan gula selain membantu untuk kesihatan yang lebih baik.

6. Ambil banyak serat

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Thatway digalakkan pengambilan serat 3 kali sehari kerana ia bagus untuk penghadaman.

7. Minum teh atau kopi

Tips Atasi Rasa Lapar Semasa Diet

Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok sekiranya ia dihidangkan dengan mengurangkan gula. Selain itu, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

8. Makan dalam kuantiti sedikit 

Elakkan perut kita lapar ini kerana ia mendorong kita untuk makan dengan lebih banyak. Untuk makan tidak menjadi kesalahan apabila kita dalam proses diet TETAPI cara pengambilan yang salah akan menyebabkan proses diet kita GAGAL.Cara terbaik ialah makan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

8 Tips untuk mengelak rasa lapar semasa proses diet yang simple dan AWESOME.. Tidak salah untuk mengamalkan proses diet untuk kesihatan dan kecantikkan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita dalam proses diet.

DIET sudah.. Cantik sudah.. BAU BADAN pulak tak selesa.. Nak selesaikan BAU BADAN… Mai klik SINI..

KHAS buat Wanita Cantik.. DISINI

KHAS buat Jejaka Maskulin.. DISINI


Artikel Terkait

4 comments

ade tips utk naikkan berat bdn? rase mcm makin comel pulak skrg...

Insyallah akan di carikan nanti..

kena bawak ke mana mana la kulit kayu manis tu.. hihihi

Hihihi..
AM buat campuran multipurpose...
Rendamkan kulit kayu manis bersama minyak zaitun selama 2 minggu.. Amat baik untuk kesihatan..


EmoticonEmoticon