Khamis, 22 Oktober 2015

Tips Kawal Nafsu Makan Yang Melampau

Kita tidak menyedari bahawa kebanyakkan aktiviti seharian kita sebenarnya mendorong kepada nafsu makan yang kian meningkat. Bila makan banyak mulalah mengadu berat badan makin naik dan terus naik. Kes macam mana terjadi di kalangan kita yang bekerja dalam suasana yang dingin aircond.

Tips Kawal Nafsu Makan Yang Melampau


Kita juga perlu baca “PembunuhNo 1 Di Malaysia” yang ramai lupa bahaya yang dihadapi oleh kebanyakkan daripada kita.

Apa paling penting adalah mengawal pemakanan kita yang makan tak ikut masa dan jenis makanan. Kat bawah AM sediakan beberapa tips untuk kita semua mengawal nafsu makan yang sentiasa mengila..Hahahaha..

Jangan Skip Waktu Makan

Tips Kawal Nafsu Makan Yang Melampau

Jangan amalkan skip waktu makan untuk mengurangkan berat badan. Ini merupakan cara yang salah. Walau sibuk macam mana sekalipun pastikan kita makan pada waktu yang betul. Kita boleh merancang menu harian kita dan pastikan setiap 4 jam kita makan snek yang sihat seperti buah-buahan atau bijirin berkhasiat supaya kita dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan serta dapat mengawal rasa lapar. Perut tidak akan berasa lapar jika kuantiti makanan yang diambil tidak banyak dan proses pencernaan juga akan menjadi lebih mudah.

Pastikan Tidur Mencukupi


Tips Kawal Nafsu Makan Yang Melampau

Apa kaitan tidur yang mencukupi dengan selera makan? Ada kaitan ke? Ya memang saling berkait rapat kerana jika kita tidak mempunyai tidur yang cukup, secara tak langsung badan anda akan kurang bertenaga dan tidak bermaya. Jadi anda akan mengurangkan aktiviti harian anda. Secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan kita perlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Hormon juga akan menjadi tidak stabil dan risiko kita menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah sangat tinggi. Cuba atur masa rehat dan tidur yang seimbang dan mencukupi.

Minum Air Secukupnya


Tips Kawal Nafsu Makan Yang Melampau

Sangat bagus diamalkan. Jika berasa lapar cepat-cepat minum segelas air masak. Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan. Kadang-kadang badan kita perlukan air bukan lapar makanan. So badan akan memberi isyarat kepada perut. Jika kita rasa sukar untuk meminum air masak yang kosong, kita boleh tambahkan hirisan lemon sebagai perasa. Hirisan lemon ini juga boleh membuat Air Detox.

Periksa Sebab Kenapa Anda Lapar

Apabila perut memberikan isyarat lapar, ingat semula bila kali terakhir kita makan. Pastikan kita mengikuti masa makan berkala empat jam sekali. Jika berasa sangat berselera untuk makan walaupun kita tidak lapar, ia sebenarnya adalah nafsu semata-mata. Jangan terpedaya. Mungkin juga keinginan untuk makan makanan yang kita bayangkan. Perlu berhati-hati kerana jika kita menurutkan nafsu ini boleh menjurus kepada KEGEMUKKAN!!!!!

Marilah kita sama-sama amalkan cara mengawal nafsu makan ini. Ia sebenarnya boleh dikawal dengan diri kita  sendiri. Abaikan nafsu makan tersebut, cekalkan hati. Pasti boleh!!!

Artikel Terkait

8 comments

Tanpa Nama delete 23/10/15

kadang kadang tengah2 malam selalu lapar.. huhu

Betul..waktu ini kena banyak bersbar dan banyakkan minum air sahaja..

Bagus 4 tips kawal nafsu makan yang melampau ni...

Macam mana kalau seseorang tu terlebih tidur yer...:)

Jom santai-santai join Giveaway
Giveaway Nurfuzie Dot Com #1

Terlebih tidur maknanya terlebih kurus la..hihihihi

xdpt juga menahan nafsu makan ni along

Nak makan tak salah..Apa yg salah TERSALAH makan makanan yang berlebihan..Makan buah or ai masak untuk proses mengawal nafsu makan yang lain2..

adeh!nafsu makan tu yang susah nak kawal..huhuhu

Hihihi...Kena gak kawal untuk kawal berat badan kita juga..


EmoticonEmoticon