Selasa, 17 November 2015

Koleksi Casio Watches Popular

Tags
Koleksi Casio Watches Popular

CASIO…
Teringat sama kanak-kanak apabila ayah bertanya nak jam apa? Mesti jawapan adalah jam tangan CASIO..

Dari dulu hingga la sekarang hanya jam tangan casio menjadi pilihan kalbu. Pegaruh CASIO di dalam kehidupan cukup kuat sehingga terjadi kisah yang AM alami dulu waktu belajar di Politeknik di utara Malaysia.

Bila mana dapat sahaja PTPTN, AM usha-usha jam tangan di kedai jam dan terbeli lah seutas jam tangan casio. Harga taka da la mahal sangat, cukup sebagai pelajar Politeknik.

3 bulan AM pakai memang taka da masalah.. Suatu hari jam tangan tadi terjatuh dari tingkat 3 asrama dan AM paling terkejut adalah jam tadi TIDAK ROSAK mahupun RETAK.

Jam tangan itu la AM pakai sehingga tamat pengajian dan bekerja. Paling menyedihkan jam itu sekarang sudah tiada dengan AM.

Hari ini AM nak ceritakan mengenai koleksi jam tangan CASIO yang menjadi pujaan kalbu AM dari kecik hingga sekarang. Jom kita kenal dahulu jenama CASIO..

CASIO merupakan jenama jam tangan yang cukup terkenal dari Jepun dan sehingga kini, koleksi jam tangan Casio amatlah digemari di seluruh dunia terutama sekali di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur.

Apa yang menarik mengenai jenama ini, ia menawarkan aneka pilihan jam tangan yang boleh anda temui dalam pelbagai tawaran harga mengikut kemampuan anda.

Ia tidak tertumpu kepada penghasilan satu rekaan jam tangan sahaja, tetapi menawarkan semua rekaan jam tangan termasuklah jam tangan digital, jam tangan analog dan jam tangan kronograf. 

Koleksi Casio Watches Popular
Koleksi Casio Watches Popular
Koleksi Casio Watches Popular
Casio adalah jenama pilihan yang menawarkan koleksi jam tangan berkualiti dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Ini merupakan sebab utama mengapa jenama ini masih kekal utuh di dalam pasaran sehingga hari ini.

Selain itu, Casio watches turut mengeluarkan edisi jam tangan istimewa di bawah dua nama hebat iaitu G-Shock dan Baby G. Kedua-dua edisi ini merupakan pilihan ideal bagi penggemar koleksi jam tangan digital.
Koleksi Casio Watches Popular

Koleksi Casio Watches Popular

Koleksi Casio Watches Popular
G-Shock sememangnya nama yang paling sinonim bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak. Fungsi jam tangan yang direka khas untuk aktiviti outdoor seperti kalis air dan tahan hentakkan ini menjadikan jam tangan G-Shock adalah pilihan yang paling ideal.

Koleksi Casio Watches Popular

Koleksi Casio Watches Popular

Koleksi Casio Watches Popular

Bagi wanita yang turut menggemari aktiviti lasak dan lebih selesa bergaya kasual, koleksi jam tangan Baby G adalah pilihan yang terbaik jika anda tidak mahu kelihatan terlalu ‘masculine’ dengan pemakaian jam tangan G-Shock.

CASIO adalah pilihan yang tepat bagi sesiapa sahaja yang ingin dilihat bergaya dan anggun. AM adalah peminat tegar jenama casio ini sehingga AM berkahwin pun jam tangan casio menjadi pilihan sebagai hadiah hantaran.

Apa lagi nak ditunggu.. Terus dapatkan koleksi jam tangan casio yang original di ZALORA sekarang juga.

Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon