Nisbah
hutang kepada pendapat AMAT perlu dikaji dan dibuat perkiraan. KENAPA?
Kerana
hutang yang melebihi pendapatan akan menjejaskan fizikal dan mental seseorang
itu. Mungkin bagi kita yang tidak mempunyai masalah ini akan tersenyum sinis
sahaja.
AWAS
!!
Jika
kita mengabaikan perkara ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan
mengalami masalah ini.
Sebaiknya
kita menimba ilmu dan berhati-hati dalam setiap perbelanjaan kita setiap hari
dan setiap bulan.
Bagaimana
nisbah hutang dengan pendapatan?
Nisbah
hutang kepada pendapatan menunjukkan jumlah pembayaran balik bulanan semua
pinjaman berbanding dengan jumlah pendapatan kasar bulanan tuan-tuan. Nisbah
yang tinggi menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk
menampung perbelanjaan bulanannya.
Situasi inilah yang sering berlaku kepada kita
semua pada hari ini. Sayang sekali apabila segelintir daripada kita yang tidak
dapat dibantu kerana 'sudah terlewat'. Maksudnya kad sudah disekat atau hutang
kad kredit sudah sampai limit jumlah kad yang diperuntukan.
Contoh kiraan nisbah pendapatan :
Pendapatan bulanan En.Abu ialah RM3,800.
Jumlah pembayaran balik buanan pinjaman perumahan, sewa beli kereta dan kad
kredit ialah RM2,128.
= Pembayaran Balik Bulanan
______________________
Pendapatan Kasar
= RM2,218
_______ x 100%
RM3,800
= 56%
Oleh itu, En. Abu harus berusaha mengurangkan
nisbah berikut dengan meningkatkan jumlah pendapatan dan mengurangkan jumlah
pinjaman.
Begitu mudah?
Tidak mudah sebenarnya. Namun begitu, dia
harus berusaha gigih agar pendapatan meningkat. Bagi umat Islam, AM sarankan
sebagaimana disarankan oleh guru AM juga ialah dalam soal ini salah satu faktor
cukup atau tidak pendapatan kita begantung kepada KEBERKATAN rezeki bulanan
kita.
Nasihat yang boleh diberikan ialah :
1) Bekerja dengan integriti.
2) Solat Sunat Dhuha
3) Banyakkan bersedekah
4) Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain.
5) Sentiasa berzikir dan berselawat.
Ingat, rezeki itu milik Allah SWT hakikatnya,
bukan pemberian syarikat d tempat kita bekerja. Oleh itu, mintalah pada-Nya.
Jaga segala ibadah yang sepatutnya dan tambah lagi dengan ibadah sunat.
Boleh
juga merujuk artikel AM sebelum ini
Mungkin
panduan ini tidak semua kepada semua orang TAPI bantulah kawan-kawan yang
memerlukan Panduan ini.
Semoga
perkongsian kita MAMPU menyelesaikan masalah mereka.