Selasa, 15 Disember 2015

Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seorang?

Beban kad kredit bukan lagi satu isu yang baru di Malaysia ini. Ramai di kalangan kita yang menggunakan kad kredit sebagai ganti wang ringgit apabila berbelanja. 

Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seeorang?

AWAS... Adakah kad kredit yang kita gunakan itu membantu kita atau akan membebank kita pula suatu hari ini?

Ikuti tulisan saudara Lokman Ismail di dalam Berita Harian pada 19.1.2007 mengenai beban kad kredit.

Persoalan kini.. Adakah kita salah sorang yang sedang mengalami masalah kad kredit???

Sama-sama kita renungkan dan menghadam tulisan di bawah..

CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.

Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seeorang?

Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Dapatkan panduan yang julung -julung kali diadakan di Malaysia.. Selesaikan Hutang Dalam Masa 2 hari SAHAJA

Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?

Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.

Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang.Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.

Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.

Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.

Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.

Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit.


Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seeorang?

Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.

Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, kebanyakan pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.

Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.

Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seeorang?



Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.

Dapatkan Panduan Selesai Hutang Kad Kredit Seawal 2 HARI sahaja..
Masa tidak menanti sesiapa..

Baca juga Selesaikan Hutang KAd Kredit Seawal 2 HARI sahaja

Bersambung...

Renungkan kata-kata ini..

Beban Kad Kredit.. Adakah Anda Salah Seeorang?


Sedikit pelaburan untuk ILMU lagi baik daripada pelaburan yang akan menambah hutang kepada diri sendiri..

Jangan MALU untuk mencari ilmu demi sebuah kebebasan kewangan..

Artikel Terkait

5 comments

Berhati-hati..jika ada pun x apa janji tahu bila nak guna dan dapatkan balik ganjaran..

Kena disiplin kalau guna cc ni. kalau tak nt makan diri...huhu

Betul tu..disiplin dan kepatuhan adalah penting untuk mengatasi masalah hutang kad kredit..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.


EmoticonEmoticon