Selasa, 22 Disember 2015

Hutang Tetap Kena Bayar

Hutang tetap kena bayar walaupun tak dituntut, itu adalah ajaran ISLAM yang kebanyakkan daripada kita belajar. TAPI dunia hari ini semakin terbalik dan ramai yang berhutang sehingga tak mampu nak bayar pula.

Gaji dah dapat TAPI hutang tak pula berbayar. Bila makin lama makin banyak, kepala mula nak lari dari hutang. Hutang dengan manusia mungkin boleh dilupakan. TAPI hutang dengan bank cam mana nak lagi?

2016 menjanji kan tahun yang paling mencabar kepada semua golongan di Malaysia tak kira berada di Bandar mahupun kampung biasa.

Hutang Tetap Kena Bayar


Siapa yang mempunyai masalah hutang kad kredit?? Angkat tangan sekarang..

Anda WAJIB membaca artikel ini, jika tidak anda akan menyesal seumur hidup anda.

HUTANG KAD KREDIT yang semakin meningkat. Dari bulan ke bulan, hutang tak pernah surut. Bayar memang bayar. Bagi yang tak bayar lagilah merasakan bahangnya.

Hutang Tetap Kena Bayar

Tahukah tuan-tuan?

Beban hutang 3.2 juta pemegang kad kredit aktif di Malaysia mencecah RM30.8 billion pada tahun 2010. Pada tahun 2015 ini pastinya meningkat naik. Pastinya nama tuan-tuan juga menyumbang statistik tersebut jika kita pemegang kad kredit aktif.

Bayar JANGAN TAK Bayar.

Bank tidak pernah melupakan kita. Lari sejauh mana sekali pun, mereka tetap 'memburu' kita. Mereka ada rekod lengkap tentang beban hutang kita. Jika kita tidak endah dan buat lupa bayar, maka mahkamah akan menjadi lokasi seterusnya. Nama kita juga akan disenarai hitamkan. Oleh itu, sebelum perkara itu berlaku, usahakan sesuatu untuk jelaskan hutang kad kredit.

Hutang Tetap Kena Bayar


Bagaimana? Lakukan seperti dibawah ini…

1) Bayar kadar minima. ( Kaedah ini akan memakan masa hingga lebih 7-8 tahun berdasarkan jumlah hutang ).

2) Buat pinjaman peribadi. ( Bagi kakitangan awam, mereka lebih bernasib baik dan bayar sekali gus. Tapi bagi yang potongan slip gaji lebih 60% kena lupakan hasrat kaedah ini ).

3) Jual tanah/harta benda yang ada. ( Pilihan ini jarang saya jumpa ).

4) Gunakan servis AKPK Bank Negara. ( Masalahnya nama tuan-tuan akan disenarai hitamkan ).


Antara tips yang boleh dilakukan oleh kita yang mempunyai bebanan hutang kad kredit. Sejauh mana pun kita berlari, bank tetap akan jumpa kita dan hutang tetap kena bayar.

Oleh itu, buat keputusan terbaik. Tapi...jangan lari daripada bayar hutang kad kredit.

AM juga dalam proses untuk mengumpul RM 1 juta dalam 10 Tahun.. Insyallah jika dipermudahkan olehNya. Impian RM 1 juta dalam10 tahun.



Panduan bermain Saham di Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua..

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon