Selasa, 29 Disember 2015

Nisbah Hutang BERBANDING Pendapatan

Nisbah hutang kepada pendapat AMAT perlu dikaji dan dibuat perkiraan. KENAPA?

Kerana hutang yang melebihi pendapatan akan menjejaskan fizikal dan mental seseorang itu. Mungkin bagi kita yang tidak mempunyai masalah ini akan tersenyum sinis sahaja.

AWAS !!

Jika kita mengabaikan perkara ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan mengalami masalah ini.

Sebaiknya kita menimba ilmu dan berhati-hati dalam setiap perbelanjaan kita setiap hari dan setiap bulan.

Nisbah Hutang BERBANDING Pendapatan

Bagaimana nisbah hutang dengan pendapatan?

Nisbah hutang kepada pendapatan menunjukkan jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman berbanding dengan jumlah pendapatan kasar bulanan tuan-tuan. Nisbah yang tinggi menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanannya.

Situasi inilah yang sering berlaku kepada kita semua pada hari ini. Sayang sekali apabila segelintir daripada kita yang tidak dapat dibantu kerana 'sudah terlewat'. Maksudnya kad sudah disekat atau hutang kad kredit sudah sampai limit jumlah kad yang diperuntukan.

Contoh kiraan nisbah pendapatan :

Pendapatan bulanan En.Abu ialah RM3,800. Jumlah pembayaran balik buanan pinjaman perumahan, sewa beli kereta dan kad kredit ialah RM2,128.

= Pembayaran Balik Bulanan
   ______________________
   Pendapatan Kasar

= RM2,218
   _______ x 100%
   RM3,800

= 56%

Oleh itu, En. Abu harus berusaha mengurangkan nisbah berikut dengan meningkatkan jumlah pendapatan dan mengurangkan jumlah pinjaman. 

Begitu mudah?

Tidak mudah sebenarnya. Namun begitu, dia harus berusaha gigih agar pendapatan meningkat. Bagi umat Islam, AM sarankan sebagaimana disarankan oleh guru AM juga ialah dalam soal ini salah satu faktor cukup atau tidak pendapatan kita begantung kepada KEBERKATAN rezeki bulanan kita.

Nasihat yang boleh diberikan ialah :

1) Bekerja dengan integriti.
2) Solat Sunat Dhuha
3) Banyakkan bersedekah
4) Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain.
5) Sentiasa berzikir dan berselawat.
6) Berzakat

Nisbah Hutang BERBANDING Pendapatan

Ingat, rezeki itu milik Allah SWT hakikatnya, bukan pemberian syarikat d tempat kita bekerja. Oleh itu, mintalah pada-Nya. Jaga segala ibadah yang sepatutnya dan tambah lagi dengan ibadah sunat.

Insya-Allah, rezeki cukup setiap bulan. 

INGAT !!!

Hutang Tetap kena BAYAR

Boleh juga merujuk artikel AM sebelum ini

Mungkin panduan ini tidak semua kepada semua orang TAPI bantulah kawan-kawan yang memerlukan Panduan ini.


Semoga perkongsian kita MAMPU menyelesaikan masalah mereka.

Artikel Terkait

2 comments

nice sharing.al-hamdulillah,perbelanjaan masih tidak melebihi pendapatan.kena kontrol nafsu berbelanja tu.

Betul tu sis...disiplin yang penting


EmoticonEmoticon