Khamis, 10 Disember 2015

Selesai Hutang Kad Kredit Seawal 2 Hari Sahaja

 Hutang kad kredit…Hari ini boleh dikatakan kebanyakkan penduduk Malaysia mempunyai kad kredit dan suka membeli menggunakan kad kredit.

TAPI..ramai yang lupa bahawa penggunaan yang melampau akan menjadikan pemegang kad kredit menjadi MUFLIS.

Selesai Hutang Kad Kredit Seawal 2 Hari Sahaja


Bagaimana untuk membayar hutang kad kredit dengan MUDAH, Tanpa MEMBEBANKAN diri malah boleh dijadikan amalan selepas menyelesaikan hutang kad kredit.

Dibawah saya sediakan langkah-langkah yang boleh diikuti mengikut kesesuaian masing-masing.

Selesai Hutang Kad Kredit Seawal 2 Hari Sahaja

1. Wujudkan sumber pendapatan khas untuk bayar kad kredit
Jangan bergantung pada sumber pendapatan sedia ada untuk anda bayar hutang kad kredit. Sebabnya? Ia tak akan cukup… Mudah sahaja sebenarnya, kalau pendapatan anda mencukupi, anda pasti tak akan apply kad kredit sebelum ni.
Saya tak pasti sama ada anda bersetuju dengan saya ataupun tidak, tetapi hakikatnya ialah disebabkan pendapatan anda sebenarnya tidak mencukupi, maka atas sebab itu anda ada masalah kewangan dan untuk selesaikan masalah tu anda apply kad kredit. 
Masalahnya sekarang ni ialah, bila anda dah apply kad kredit, pendapatan anda mungkin tak bertambah, tetapi kini anda dah pun mempunyai bebanan tambahan. Iaitu hutang kad kredit. Anda akan jadi makin susah kalau anda bergantung semata-mata pada pendapatan sekarang untuk bayar hutang kad kredit.
Oh jangan buat hutang lain, seperti hutang personal loan untuk bayar hutang kad kredit. Sebaik-baiknya anda cuba kaedah ni dulu, iaitu wujudkan sumber pendapatan baru khusus untuk bayar hutang kad kredit.
2. Bayar hutang sedikit demi sedikit setiap hari secara konsisten
Jangan ikut jadual yang bank tetapkan. Sebaliknya anda bayar ikut jadual anda sendiri. Yang penting anda mesti ada buat bayaran walaupun cuma RM4 sahaja. Bunyi macam kelakar, kan? Namun itulah yang saya sendiri buat. Anda tak semestinya perlu bayar RM4 sahaja, kalau anda nak bayar lebih pun tak ada masalah. Silakan buat bayaran ikut jumlah yang anda selesa dengannya.
Apa nak buat kalau tiada sumber pendapatan lain
Mudah sahaja. Jika anda degil dan tak mau berusaha lebih sikit untuk wujudkan sumber pendapatan baru, maka nak tak nak terpaksalah anda jimatkan dan potong bajet untuk perbelanjaan anda. Sebagai contoh, kalau sebelum ni, perbelanjaan harian anda ialah RM30 sehari, maka anda potong la jadi RM20 sahaja.
Gunakan yang RM10 atau nilai lain yang lagi kecik dari itu untuk tujuan menyelesaikan hutang kad kredit. Saya tahu, tak ramai yang sanggup gunakan kaedah potong perbelanjaan ni. Saya pun sama. Maka atas sebab inilah, saya pilih untuk wujudkan sumber pendapatan yang baru. Anda dah nampak rasionalnya?
Baiklah, saya doakan semoga anda bebas hutang. Lazimnya, orang yang ada hutang kad kredit, pada masa yang sama dia juga ada hutang rumah, kereta, personal, study dan sebagainya. Apa pun, saya doakan semoga anda sihat dan dapat langsaikan hutang anda agar tak membebankan insan lain yang menjadi tanggungan anda di masa akan datang.
Masih keliru dan perlu bantuan untuk menyelesaikan masalah kad kredit?? Setiap permasalah PASTI ada jalan penyelesaian..
Bagaimana jika saya tunjukkan jalan penyelesaian yang MUDAH dan CEPAT..
Hasil boleh diperolehi seawal 2 hari atau 2 tahun  paling lama jika anda betul-betul ikut apa yang saya akan kongsikan.
Anda baca dan hadam sebaik yang mungkin. Mungkin ini adalah jalan yang anda cari selama ini.

Baca juga Beban Kad Kredit??
Semoga anda bebas dari hutang kad kredit.


Panduan menghasilkan pendapatan dengan Pasaran Saham Malaysia sahaja.. Jangan terkejut jika Panduan ini memberi keuntungan yang berlipak kali ganda dari ASB anda..Panduan bermain Saham di Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua..

Artikel Terkait

4 comments

betul kena plan betul2

Paling selamat adalah JANGAN melibatkan diri dalam masalah kad kredit..huhuhu

hutang mehancurkan kehidupan saya...saya amat buntu...

Setiap orang ada melakukan kesilapan..
Apa yang perlu kita betulkan adalah membaiki kesilapan yang lalu dan tidak sesekali mengulangi kesilapan yang sama..


EmoticonEmoticon