Jumaat, 31 Julai 2015

Minyak RON97, RON95 Turun Harga 1 Ogos 2015

Petang tadi semua sibuk nak isi minyak petron di semua stesen minyak di seluruh negara gara-gara berita angin yang bertiup di semua media sosial menyatakan MINYAK NAIK HARGA 35SEN bermula 1 Ogos 2015.

Apa yang terjadi adalah HARGA MINYAK TURUN sebanyak 10SEN menjadikan harga semakin MURAH.
Harga minyak turun

Berita Penuh Sinar Online 

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter. 

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti
ketika dihubungi Bernama.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. - Bernama


Nota Kaki :-

AM berdoa agak harga minyak pasaran Malaysia terus TURUN dan stabil. Kenaikkan harga minyak pada masa akan datang pasti akan menambah beban rakyat Malaysia yang sedia terbeban dengan kos kehidupan yang semakin tinggi.

Petua Menghilangkan Pecah pada Tumis Kaki

Ramai dikalangan kita yang dewasa yang kerap berjalan dan berlari apatah lagi yang membat kerja-kerja berat pasti akan mengalami masalah tumis kaki yang pecah..
AM sendiri mengalami perkara ini dan cukup sukar untuk merawat kerana AM bukan sibuk tapi buat-buat sibuk sehingga lupa nak sapu losyen pada tapak kaki..Bila ada blog mengenai tips-tips kesihatan ini, AM banyak memcari maklumat dan terjumpa petua atau tips untuk menghilangkan permasalah tumis kaki yang pecah.
petua

Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.
1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.
2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.
3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.
4. Asam Jawa
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.
5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
petua hilangkan pecah tumit kaki

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.
7. Nasi
Lenyekkan beberapa butir nasi dan tampal pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.
8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.
9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.
Nota Kaki AM :
Semoga apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana untuk menyelesaikan permasalahan tumis kaki yang pecah.

Khamis, 30 Julai 2015

Tips Penjagaan Sel Otak

Otak merupakan nadi kepada setiap badan yang bernyawa. bermula dari kecil lagi ibubapa telah berusaha untuk menhubungkan sel-sel otak anak-anak mereka kerana ibubapa percaya dengan menghubungkan sel-sel otak akan menjadikan anak-anak mereka akan menjadi pintar dan berjaya di dalam hidup. 
Tahukah anda, pada usia muda kita juga harus menjaga sel-sel otak untuk terus berhubung dan kekal ingatan sehingga usia tua nanti.
Bagi orang yang  berusia, penurunan daya ingatan otak  akan terjad dan ramai dikalangan kita yang mengalaminya tanpa sedari. Ada banyak cara yang boleh dilakukan agar kadar ingatan tidak menurun. Rajin membaca, tetap berusaha menghafal sesuatu, hingga bermain game yang menuntut otak berpikir dan mengingat.

Selain itu,  ada 4 perkara lain yang berguna untuk melatih otak. Anda mungkin tak mengira sebelumnya.
Tip penjagaan otak

Tips Penjagaan Sel Otak : -
1. Minum teh hijau
Penelitian tahun 2012 menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kemampuan kognitif, terutama pada orang muda. Penelitian membuktikan hasil yang  positif dari flavonoid yang terkandung dalam teh hijau pada otak. Sementara itu, penelitian baru-baru ini juga menunjukkan bahawa teh hijau boleh melindungi otak dari Alzheimer.
2. Memantau kadar kolesterol
Penelitian  2009 menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol dalam tubuh berkait rapat dengan  tingginya risiko Alzheimer dan demensia. Berdasarkan penelitian ini, apa yang baik untuk jantung juga baik untuk otak. Untuk itu, Anda boleh menurunkan risiko demensia dan dengan menurunkan kadar kolesterol.
3. Menjaga kesihatan gigi
Percaya atau tidak, kesihatan gigi berhubungan dengan kesihatan otak. Penelitian menunjukkan bahawa mengunjungi doktor gigi dua kali setahun dan membersihkan gigi secara teratur baik untuk kesihatan otak. Kesihatan gigi yang baik boleh menurunkan risiko seseorang terkena demensia. Penelitian lain juga menunjukkan bahawa orang yang menggosok gigi kurang dari sekali sehari memiliki risiko terkena demensia 65 %  lebih tinggi.
4. Menonton  dokumentari  tentang alam
Sebuah penelitian terbaru di jurnal PLoS ONE menemukan bahawa orang yang menonton dokumentari tentang alam memiliki nilai yang lebih tinggi dalam kes kemampuan bahasa. Mereka juga dapat mengurangkan perasaan stress  dan memiliki kualiti hidup yang lebih baik. Bahkan, mereka memiliki otak yang lebih baik daripada orang yang hanya focus kepada permainan sahaja.
Tak perlu menunggu hingga usia tua datang. Membiasakan diri diwaktu masih muda dan bertenaga akan membantu sel-sel otak terus berkembang dan kekal sihat pada waktu tua nanti. 

Harga Rokok Naik lagi 1 Ogos 2015

      Apa yang anda fikirkan?? Rokok naik harga Sabtu ini???



Harga rokok di Malaysia akan naik lagi bermula 1 Ogos 2015.. AM amat setuju jika rokok boleh naik harga lagi tinggi daripada yang dinaikkan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan pihak yang berwajib juga perlu untuk membanteras rokok-rokok seluduh yang semakin mendapat perhatian daripada perokok tegar.

Sumber utama daripada Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Harga minimum sekotak rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, seterusnya harga minimum itu akan dinaikkan kepada RM10 bermula 1 Ogos tahun depan.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, selewat-lewatnya 1 Januari 2016, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
"Kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.
Kesimpulan :
AM berharap dengan kenaikkan harga rokok ini mampu memberi kesedaran kepada perokok-perokok di luar sana dapat berfikir dan bertenang dengan kenaikkan kos hidup yang semakin tinggi dan kenaikkan harga rokok pula menambah beban..Tiba masanya untuk berhenti merokok.

Sayur Penawar KANSER..

PERCAYA atau tidak sayur merupakan salah satu PENAWAR yang mampu merawat sel kanser, bukan itu sahaja dengan memakan sayur-sayur juga mampu mencegah kanser daripada terjadi.

Sebelum kita mengetahui sayur apa yang boleh merawat kanser, kita memahami dahulu apa itu KANSER?
sel kanser


  •   Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

  Institut Pencegahan Kanser mengumumkan Ranking sayuran anti kanser : 
         Nama Sayur                                                                Peratus Anti Kanser
1: Ubi keledek direbus atau dimasak                                              98.7%
2: Ubi keledek mentah.                                                                   94.4%
3: Asparagus.                                                                                  93.9 %
4: Broccoli,                                                                                     92.8%
5: Kubis/cabbage.                                                                           91.4%
6: Bunga Kobis/Cauliflower                                                          90.8%
7: Saledri.                                                                                        83.7%
8: Terong.                                                                                       74.0%
9: Paprica.                                                                                       55.5%
10: Wortel.                                                                                     46.5%
11: Golden cauliflower                                                                  37.6%
12: Capsella/shepherd's purse                                                        35.4%
13: Cohlrabi.                                                                                  34.7%
14: Mustard.                                                                                   32.9%
15: Brassica juncea.                                                                        29.8%
16: Tomato.                                                                                     23.8%
Tips utama: Semua kentang mengandungi kolagen, terutama ubi keledek kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah ubi keledek ungu dan jus lemon hangat tanpa gula.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat AM diluar sana. Sila share jika bermanfaat kepada sahabat atau sesiapa yang masih tidak mengetahui sayur adalah penawar kanser.
Tahukah Anda :  Madu dan kulit kayu manis merupakan penawar bagi pelbagai penyakit? Boleh terus membaca disini

35% kenaikkan Gaji Penjawat Awam - Cuepacs

BERITA GEMBIRA !!!

Cuepacs meminta kerajaan mengkaji balik skim gaji penjawat awam dan meminta menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 35% daripada gaji semasa yang telah dibayar. Ini adalah berita yang cukup gembira buat semua penjawat awam terutamanya penjawat awam yang di kategorikan Staf Sokongan yang cukup tertekan dengan kenaikkan kos hidup yang semakin tinggi.

Walaupun permintaan ini boleh dikatakan sekadar permintaan tetapi sekurangnya ada permintaan daripada pihak Cuepacs untuk penjawat awam. Jika tidak dapat 35% kenaikkan pun cukup lah dengan kenaikkan sebanyak 10% atau 20% pun sudah menjadi satu berita yang baik untuk penjawat awam.
kenaikan gaji 35%


Dibawah berita penuh daripada Sinar Harian Online


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta supaya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam dengan memberi kenaikan sebanyak 35 peratus pada pembentangan bajet Oktober depan.   

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs telah menyuarakan perkara itu dalam perbincangan sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berhubung beberapa perkara yang patut digubal oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Harapan Cuepacs selain kita berterima kasih, kerana kerajaan menetapkan kadar imbuhan baharu perumahan RM300 terendah berkuat kuasa 1 Nov, tetapi dalam masa sama kita berhadapan pelbagai isu dan cabaran hari ini, terutama kos sara hidup yang meningkat," katanya pada majlis Aidilfitri Cuepacs di sini hari ini.    

Katanya Cuepacs juga mengharapkan kerajaan memperkenalkan gaji minimum untuk sektor awam serta penyelesaian kepada permintaan agar 252 skim gaji dan elaun perkhidmatan dikaji semula dan ditambah baik.    

Azih berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.   

"Sekarang ni kadar pelepasan income tax untuk anak RM1,000...tapi RM1,000 tak cukup...jadi kerajaan kena tingkatkan seratus peratus pelepasan cukai ini.    

Ceupacs juga berharap kerajaan dalam bajet akan datang, memastikan dasar perumahan negara diwujudkan secara konsisten agar setiap penjawat awam dan setiap rakyat sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah. - Bernama

Jika dapat kenaikkan gaji sebanyak 35%, amat-amat membantu  penjawat awam yang bukan Profesional seperti AM sendiri.

Rabu, 29 Julai 2015

Kenyataan Media Bekas TPM Malaysia

Semalam kita telah di gempakkan dengan Rombakan Kabinet Malaysia yang telah di lakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak Perdana Mmenteri Malaysia. Antara MANGSA rombakan adalah Timbalan Perdana Menteri iaitu YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN.Beberapa jam selepas pemecatan itu beliau telah mengeluarkan Kenyataan Media, seperti di bawah :-
KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
AM berdoa agak Tan Sri tenang dan bersabar dengan ujian dariNya.. Semoga Tan Sri menjadi semakin tabah dan kuat selepas ini.

Selasa, 28 Julai 2015

Senarai Menteri Kabinet Terbaru 28 Julai 2015


TERGEMPAK !!!

Hanya di Malaysia sahaja perkara ini terjadi.. Apabila menteri atau sesiapa sahaja yang cuba MENEGAKKAN kebenaran PASTI akan DITENDANG dan DIPULAU...

Hari ini PM kesayangan kita mengumumkan Senarai Kabinet Baru 2015

Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
Kabinet Baru Malaysia 2015


Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri 2015

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                            Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                            Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                            Datuk Azalina Othman
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid
Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh

Selepas mengumuman oleh PM Malaysia. Bekas TPM telah mengeluarkan Kenyataan Media yang cukup tenang dan redha.

AM sebagai rakyat Malaysia yang setia dan patut, mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua menteri kabinet yang baru. Jangan ulangi kesilapan BEKAS menteri-menteri yang lalu...

Isnin, 27 Julai 2015

Khasiat Pokok Kari

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok kari adalah sejenis pokok renek dengan ketinggian 0.9meter sehingga 6meter. Kebiasanya pokok kari boleh didapati sekitar rumah dan kegunaan adalah sebagai rempah dalam masakan terutamanya masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa yang pahit.
Pokok kari berasal dari India dan Sri Lanka, tumbuhan ini hidup subur dalam zon tropika. Selain masakan melayu yang menggunakan kari, masyarakat india juga menggunakan daun kari untuk masakan rasam, chutney. Muruku dan sebagainya.
Khasiat pokok kari

Pokok kari juga digunakan di dalam bidang perubatan tradisional seperti penawar cirit birit, loya dan pening, diabetes dan lain-lain lagi. 
Di bawah merupakan antara kegunaan daun kari: -
1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.


Khasiat Kari

4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Selain daun kari, kelapa dan serai juga mampu merawat penyakit 3 serangkai disini

Ahad, 26 Julai 2015

Penawar Penyakit 3 Serangkai

Serai atau serai makan atau nama botani : Cymbopogen citratus adalah tumbuhanherba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan di Indonesia, takrai di Thailand, lemongrass di europah. Serai makan dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar dengan meluas di kawasan tropika termasuklah Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil dan China. 

Tumbuhan ini selalu digunakan di dalam masakan di kalangan masyarakat di nega-negara Asia terutamanya di Thailand.

Tumbuhan ini mempunyai perasa seakan-akan lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar.

Tahukah anda bahawa serai dan kelapa muda merupakan penawar bagi penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan jantung?

Bahan-bahan :-
  •  1biji kelapa muda (isi yang lembik atau berhingus)
  •  3 batang serai makan
  •  7 biji halba

Cara Penyediaan :-
Penawar penyakit 3 serangkai

  1.     Potong kelapa muda
  2.    Titikkan serai pada bahagian bawah.
  3.    Masukkan 7 biji halba di dalam kelapa tadi
  4.    Panaskan kelapa muda tadi di atas api yang sederhana
  5.    Kacau air kelapa muda tadi dengan batang serai yang di titikkan.
  6.    Apabila air kelapa menjadi suam, tutup api.
  7.    Boleh diminum air kelapa tadi. Amalkan dua hari sekali.
    Jangan lupa juga bagaimana madu dan kulit kayu manis merupakan penawar yang telah disembunyi
oleh pakar-pakar perubatan moden disini



Sabtu, 25 Julai 2015

Madu dan Kayu Manis.. Ubat Segala Ubat

Syarikat perubatan moden tidak suka perkara ini di hebohkan dalam masyarakat kerana fakta menunjukkan madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu juga boleh di dapati di ke semua negara di dunia ini.

Kayu manis bersama madu..Ubat segala ubat


Madu merupakan satu-satunya makanan yang tidak akan basi mahupun rosak. Bagaimanapun jika madu ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk, ianya akan menghablur. Apabila ianya berlaku maka didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu tadi di dalam air panas dan tutup api daripada terus menyala dan biarkan madu mencair. Ianya kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan asalnya. Jangan sesekali mendidih atau memasukkan madu di dalam mikrowane kerana ianya akan merosakkan enzim-enzim yang berada di dalam madu.

Madu segala ubat


Saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan yang paling berkesan terhadap semua penyakit. Madu juga boleh di gunakan tanpa sebarang kesan sampingan untuk kesemua jenis penyakit.

Sains moden juga membuktikan bahawa madu yang di ambil oleh pesakit kencing manis tidak akan memberi kesan yang buruk terhadap penyakit kencing manis walaupu madu merupakan manisan.


Berikut merupakan kajian dari saintis barat :-

Kurang @ hilang pendengaran
Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Kesukaran bernafas :
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
Tidak bertenaga
Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible.
Dr. Milton yang menjalankan kajian ini mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Hilang berat badan :
Pagi sejam setengah sebelum sarapan pagi, tika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur minum madu dan serbuk kayu manis dalam air suam.
Jika diambil secara tetap ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika diminum secara tetap ianya TIDAK AKAN MEMBENARKAN LEMAK UNTUK BERKUMPUL dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser :
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Jangkitan kulit :
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan akan menyembuhkan ekzema dan semua jenis jangkitan kulit.
Jerawat :
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini diatas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Sakit tekak :
Apabila tekak rasa tidak selesa ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Mengelakkan Penuaan :
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis bila diambil secara tetap mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari.
Ianya akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun.
(dalam Islam kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan diatas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah umur kita akan panjang)
Influeza :
Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Ketidakhadaman :
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Imun sistem badan :
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Perut meragam
Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Selsema :
Bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus demam dan membersihkan sinus (ruang udara dalam tengkorak sekeliling hidung).

Kolesterol tinggi :
Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol didapati bahawa kandungan kolesterol dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam.
Apabila ianya diambil sebanyak 3 kali sehari sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Jangkitan pundi kencing
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman dalam pundi.

Radang Sendi :
Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama dengan 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ianya diambil secara tetap pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh.
Dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi.
mereka mendapati bahawa dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya dalam seminggu dan dalam sebulan hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Penyakit jantung :
Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti jem). Ianya akan mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack).
Kepada mereka yang pernah diserang serangan jantung apabila amalan ini dibuat secara harian ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya.
Penggunaan secara tetap amalan diatas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung untuk mengepam.
Di Amerika dan kanada pelbagai jururawat dirumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Bagaimana penyakit 3 serangkai boleh diubati disini
AM berharap dengan perkongsian dapat membantu sahabat-sahabat diluar sana yang menderita pelbagai penyakit dapat manfaat dan suka kiranya sahabat dapat berkongsi artikel ini dengan sahabat yang lain.

Jumaat, 24 Julai 2015

5 Makanan Menguatkan Sperma Lelaki

Pemakanan menpegaruhi kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan oleh seorang lelaki. Selain pemakanan, senaman dan kecergasan seorang lelaki juga mempegaruhi keberhasilan sperma. Makanan yang sihat dan berkualiti memberi kelebihan disamping badan yang sihat. Tips kesihatan lelaki kali ini menyenaraikan 5 pemakanan yang boleh membantu menguatkan keberhasilan kuatiti dan kualiti sperma untuk disenyawakan oleh ovari.

Berapa ramai di kalangan lelaki yang BERANI nak bertanya mengenai perkara ini??
Berapa ramai di kalangan lelaki yang SANGGUP berjumpa doktor untuk bertanya???
Ini UBAT bagi masalah di atas.. 

Antara 5 pemakanan yang dapat menguatkan Sperma Lelaki : -

1.  Kacang Walnut

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain. 


2. Bayam  

Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi motilitinya. 


3.  Salad Buah

Menguatkan sperma lelaki

Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah secara kerap, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan  sebagai amalan makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan. 


4. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar dan sekali gus menyebabkan sperma lelaki kurang sihat.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negatif radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.   


5. Air Kosong

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

Sebagai tambahan kepada 5 pemakanan yang disenaraikan di atas, boleh juga merujuk Tips meningkatkan sperma lelaki demi kebahagianrumahtanggan.

Kalau korang malu nak bertanya atau jumpa doktor.. Panduan Rahsia Mudah Hamil nie korang kena ada dan baca.. Lagi korang lambat lagi lah korang tak tahu nak selesai MASALAH korang sendiri..

Nota Kaki :

Senarai di atas adalah rujukan daripada pelbagai sumber dan bukan satu kewajiban atau jaminan. Sebarang persoalan dan maklumat tambahan mengenao produk kesihatan, vitamin boleh la merujuk kepada pihak perubatan seperti doctor mahupun pegawai farmasi.