Isnin, 31 Ogos 2015

Suhu Badan Asas (BBT)


Ramai dikalangan kita yang sedang berusaha untuk mendapat anak sulong mahupun anak yang seterusnya. Begitu juga dengan AM yang sedang berusa untuk mendapatkan cahaya mata yang permata. AM mengambil berat akan hal-hal yang berkaitan dengan kesuburan wanita untuk AM dan isteri jua.

BBT


Tidak salah lelaki memain peranan dalam mempelajari bab-bab kesuburan wanita. Ada pelbagai cara yang dikongsi oleh sahabat-sahabat dan AM juga ada kongsikan beberapa tips yang boleh di amalkan seperti 12 Tips paling Awesome untuk Cepat Hamil dan Panduan Pengiraan Waktu Subur untuk Wanita. Kali ini AM nak kongsikan mengenai Carta BBT secara detail lagi.

Kaedah suhu badan asas (BBT) adalah satu cara perancangan keluarga semula jadi, juga dikenali sebagai kaedah berasaskan kesedaran kesuburan.

Apa itu BBT??
BBT singkatan “Body Basal Temperature” iaitu Suhu Badan Asas. Ia boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk mengetahui waktu subur melalui carta catatan (rekod).Suhu Badan Asas (BBT). Daripada carta BBT kita boleh mengetahui bilakah ovulasi akan berlaku.

Apa itu Ovulasi?
Ovulasi adalah proses pelepasan telur yang matang dari dalam rahim dan kemudiannya berjalan menuju tiub fallopia untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya.

Apakah Kepentingan dan Kegunaan Carta BBT?
1.         Sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil atau “Try To Conceive” (TTC)
2.         Untuk mengelakan kehamilan
3.         Untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka

Apakah Alat Mengukur BBT?
BBT lebih mudah diukur dengan alat jangkasuhu (termometer) yang khas untuk mengukur BBT ini. Banyak termometer untuk mengukur suhu badan ini ada jual di farmasi. Termometer OMRON antara contohnya boleh dibeli di Guardian. Termometer ini agak mahal dari termometer biasa sebabnya digunakan khas untuk mengukur BBT, mempunyai dua decimal point, unit ukurannya boleh ditukar daripada celcius ke fahrenheit dan sebaliknya.

Kadang kala badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit seperti bacaan 0.01°C jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 titik perpuluhan (decimal point) mudah untuk kita tengok perubahan suhu. Contohnya jika suhu badan untuk 3 hari berturut-turut adalah 36.07°C, 36.05°C, 36.03°C. Akan nampak perubahan bacaan suhu di situ? Sekiranya menggunakan termometer biasa ia akan memberikan bacaan 36.0°C untuk 3 hari yang berturutan walaupun sebenarnya terdapat sedikit perubahan pada bacaan suhu.

Mengapa pertukaran unit penting? Sebabnya carta BBT kadang kala dalam unit celcius kadang kala dalam unit fahrenheit. Dengan termometer 2 unit ini mudahlah untuk tukar (convert) unit bacaan suhu. Anda boleh pilih untuk buat carta BBT dalam unit celcius atau pun fahrenheit.

Bagaimana cara untuk menggunakan thermometer?

1.      Tekan butang ON atas thermometer hingga berbunyi 'beep' sekali.
2.      Skrin akan paparkan bacaan suhu 37°C serta simbol keluar pada skrin.
3.      Letakkan hujung termometer yang runcing (berwarna perak) di bawah lidah didalam mulut lebih kurang 60 saat (1minit).
4.      Sebahagian termometer akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali selepas 60 saat. Bila berbunyi ‘beep’ keluarkan termometer dari mulut untuk diambil dan rekod bacaan suhu yang dipaparkan pada carta BBT.

Bilakah masa yang sesuai untuk merekod bacaan suhu asas badan(BBT)?
Masa paling ideal atau terbaik untuk ambil dan merekod suhu asas badan (BBT) adalah sebaik sahaja bangun tidur sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan sebarang aktiviti termasuklah gosok gigi.
BBT


Bagaimana nak dapat Carta BBT??

  • Korang boleh dapatkan di mana-mana klinik sakit puan. mesti ramai yang malu kan???
  • Korang juga boleh dapat dengan Panduan Rahsia Mudah Hamil. Yang nie korang hanya perlu download sahaja. Semua berkaitan dengan kehamilan sudah siap untuk korang.


Bagaimanakah nak baca Carta BBT?
Berdasarkan pada carta kitaran haid (menstruation cycle)  hendaklah ambil bacaan suhu asas badan (BBT) bermula pada hari pertama darah haid keluar (period) bukan hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan kitaran (cycle) iaitu hari dimana telur dalam ovari menjadi matang.

Oleh itu, catatkan bacaan suhu setiap hari bermula dari hari pertama haid (period) dan berikan perhatian pada pertengahan bulan daripada hari haid pertama bukannya bulan dalam kalendar.

Suhu badan asas adalah suhu badan ketika anda dalam keadaan rehat sepenuhnya. Sebelum mengalami ovulasi suhu badan asas anda biasanya antara 96°F(35.55°C) dan 98°F(36.67°C) darjah. Suhu badan asas selalunya ia berada pada tahap 98°F(36.67°C). Selepas ovulasi suhu badan asas (BBT) akan meningkat sedikit, biasanya kurang daripada 1°C F (-17.22°C). Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku. Keadaan paling subur biasanya dalam tempoh 2-3 hari sebelum suhu badan asas anda meningkat atau hari-hari selepas peningkatan itu.

Selain daripada mengukur suhu asas badan ini, fasa ovulasi boleh juga dipastikan dengan melihat pengeluaran cecair mukos (lendir) di bahagian faraj yang mana berubah mengikut perubahan hormon. Selanjutnya untuk pastikan suhu asas badan kita sedang mengalami ovulasi adalah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan kit ujian ovulasi (ovulation kit test).
Sebelum ovulasi suhu asas badan turun berturut-turut dan selepas ovulasi naik mendadak. Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, perlulah peka dengan perubahan suhu tersebut.

Bagi pasangan yang inginkan zuriat adalah disyorkan mengadakan hubungan kelamin bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf diatas, maka bolehlah mengadakan hubungan intim pada hari ke 14, 16, 18 dan 20.

Manakala bagi yang ingin menjarakan anak (merancang keluarga) elakan atau pilihlah tarikh lain atau pun menggunakan kondom atau pun inzal apabila bersama. Ini disebabkan pada ketika masa-masa tersebut, telur/benih perempuan (ovum) dapat hidup selama 12 ke 24-36 jam  (1-2 atau 2.5 hari) dalam keadaan bersedia untuk disenyawakan apabila bertembung dengan telur/benih lelaki (sperma). Jangka hayat telur/benih lelaki (sperma) normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam (3-4 hari) selepas ejakulasi (pancutan mani) ke dalam faraj. Melalui carta suhu asas badan (BBT) ini juga anda boleh merancang untuk menentukan jantina bayi 

Sebagai manusia kita hanya dizinkan merancang dan beruasaha tetapi Allah yang Maha Menentukan segalanya. Berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketentuanNya. Selamat mencuba dan semoga berjaya, In Shaa Allah usaha anda akan mendapat keberkatan dan dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyeri rumah tangga.

Sebagai tambahan, boleh juga mengamalkan Minuman Sunnah dan mengamalkan meminum Air Detox untuk mencuci toksik-toksik dalam badan. Nak lagi cepat korang boleh dapatkan Panduan Rahsia Cepat Hamil untuk korang lebih memahami Carta BBT dan rahsia lain mengenai mudah hamil.

Nota Kaki :


Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengetahui waktu kesuburan seorang wanita. Suami juga perlu memain peranan juga dalam proses menantukan waktu kesuburan isteri, bagi yang ingin merancang untuk mendapat anak. Begitu juga sebaliknya jika merancang untuk menjarakkan anak. Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua.




Ahad, 30 Ogos 2015

Perkongsian Paling Awesome..

Perkongsian paling awesome yang AM pernah baca, ringkas tapi cukup padat dan mendalam maksud tulisan ini. Semoga orang yang berkongsi ini mendapat pahala keran mengingatkan kita semua..
·     diharapkan hentikanlah tabiat tu mulai hari ini sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.
perkongsian paling awesome

·         70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang. Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan
·         Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya ada toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.
·         Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.
·         Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..
·         Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.
·         Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.
·         Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.
·         Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.
perkongsian paling awesome

·         95% kanser berlaku kerana stress. Tips Mengatasi Stress
·         Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.
·         Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….
·         Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…🍘🍙🍥Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.
·         Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.
·         Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.
perkongsian paling awesome

·         Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena. 5 Tanda Penyakit Jantung
·         Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ya kaum wanita semua.
perkongsian paling awesome

·         Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau. Boleh juga mengamalkan Minuman Sunnah bagi mencegah penyakit kanser.
·         Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.
·         Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor. Panduan Mengira Waktu Subur Wanita banyak kegunaan jika tahu mengenai pengiraan waktu subur wanita.
·         Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..
panduan paling awesome
·         Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.
·         Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…
·         Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
·         Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan
perkongsian paling awesome

·         JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..
·         Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^
·         Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..

Nota Kaki :

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk menjalani kehidupan seharian. 

Sabtu, 29 Ogos 2015

Carta BBT dan Gangguan Fasa Luteal

Artikel ini adalah merupakan suatu lanjutan kepada artikel ‘Mengira Kesuburan Wanita’. Post ini lebih mudah difaham oleh mereka yang telah mula menjadikan aktiviti mencatat BBT sebagai rutin harian mereka. Mudah-mudahan artikel ini bermanafaat.

Carta BBT dan gangguan fasa luteal


Apa Itu Fasa Luteal

Suatu kitar haid terbahagi kepada dua fasa.
1. Fasa Folikel – Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi
2. Fasa Luteal – Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Oleh itu, pemisah antara fasa folikel dan fasa luteal adalah haid dan ovulasi.

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.

Fakta Penting Tentang Fasa Luteal

Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain. Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah.

Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu, jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.

Berikut adalah suatu ’misconception’ bagi seseorang wanita yang mengunakan kaedah kalendar bagi mengira hari-hari subur iaitu mereka kira dari ’depan’ iaitu dari fasa folikel sedangkan fasa folikel boleh berubah-ubah. Sebaliknnya, pengiraan hari ovulasi dan hari-hari subur ini sepatutnya dikira dari ’belakang’ atau dari fasa luteal ini.
Dengan mengambil kira fakta ini, kita boleh kesan waktu ovulasi dalam sesuatu kitar haid dengan formula berikut:

Tempoh Kitar Haid – Tempoh Fasa Luteal.

Contoh:
Tempoh Kitar Haid = 28 hari
Tempoh Fasa Luteal =12 Hari
Ovulasi : 28-12=16

Oleh itu, ovulasi akan berlaku pada hari ke 16 bagi kitar haid wanita ini.
Formula inilah yang digunakan oleh mana-mana Kalendar Ovulasi bagi mengesan hari-hari subur.

Bagaimana Mengesan Fasa Luteal dari carta BBT?
Fasa Luteal = bermula dari Ovulasi hingga Hari pertama Haid.
Bagaimana untuk kesan tempoh fasa luteal ini melalui carta BBT? Rujuk gambarajah di bawah.

carta BBT dan fasa luteal

Berdasarkan rajah di atas,

Tempoh kitar haid wanita ini = 28 hari.
Ovulasi berlaku pada = hari ke 14
Tempoh fasa luteal adalah = 14 hari

Dapatkan Carta BBT  Di SINI

Apa Itu Gangguan Fasa Luteal?

Bagi kebanyakan wanita, fasa luteal adalah sekitar 14 hari, bahkan mungkin juga bagi sesetengah wanita sehingga 17 hari. Keadaan ini adalah normal.
Seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika fasa lutealnya menjadi pendek dan haid akan berlaku lebih cepat setelah ovulasi. Atau lebih tepat lagi, seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika didapati fasa lutealnya adalah 10 hari atau kurang.
Berikut adalah definisi ‘Luteal Phase Defects’ yang kami dapat dari laman MediLexicon iaitu sebuah laman web yang memnyediakan servis ‘Online Medical Dictionary’.

“inadequate secretion of progersterone during the luteal phase of the menstrual cycle, with resultant infertility”

(Satu keadaan dimana kekurangan rembesan hormon Progesteron ketika fasa luteal dalam sesuatu kitar haid yang mengakibatkan ketidaksuburan). Wanita yang mengalami Gangguan Fasa Luteal tidak dapat menghasilkan hormon Progesteron yang mencukupi ketika Fasa Luteal. Oleh itu, dinding endometrium tidak bersedia sepenuhnya untuk proses penempelan dan pembentukan janin.

Bagaimana Mengesan Gangguan Fasa Luteal dari Carta BBT?

Kita dapat mengesan Gangguan Fasa Luteal ini melalui carta BBT, iaitu jika jarak diantara ovulasi dan haid seterusnya adalah 10 hari atau kurang. Fasa luteal ini mestilah lebih dari 10 hari bagi menyokong kehamilan. Jika ini dapat dilihat pada carta BBT anda, segera dapatkan pandangan doktor berdasarkan carta BBT tersebut.

Buatlah satu temujanji bagi satu sesi konsultasi profesional oleh doktor. Usaha anda untuk membuat catatan BBT setiap hari sangat membantu doktor untuk membuat diagnosis lanjut terhadap keadaan kesuburan anda. Mereka akan membuat ujian lanjutan yang lebih tepat bagi pengesahan.

Bagi korang yang MALU atau SEGAN nak bertanya kekawan atau malu nak berjumpa doktor. Ada satu jalan penyelesaian yang AM nak kongsikan iaitu Panduan Rahsia Mudah Hamil ini WAJIB korang miliki SEKARANG.. Korang boleh baca dan siap bagi lagi Carta BBT. Tak perlu jumpa sesiapa sudah tahu mengenai Carta BBT dan di izinkan olehNya dapat anak juga...

Penutup

Kesimpulannya, inilah diantara kelebihan catatan BBT walaupun kaedah ini agak kuno, rumit dan leceh berbanding kaedah LH kit ataupun OPK(Ovulation Prediction Kit) yang dkesan berdasarkan hormon LH. Kelemahan kit LH, ia hanya mengesan peningkatan aras hormon LH, tetapi tidak dapat mengesahkan jika ovulasi benar-benar berlaku ataupun tidak. Walaubagaimanapun, ia hanyalah satu kaedah bagi mengesan tanda-tanda Gangguan Fasa Luteal. Corak carta BBT bukanlah keputusan yang muktamad bagi mana-mana masalah kesuburan. Tetapi, memandangkan ia adalah kaedah yang boleh dilakukan sendiri (DIY), maka ia boleh dijadikan sebagai satu panduan awal sebelum mendapatkan khidmat nasihat profesional dari doktor. Dapatkan carta BBT Di SINI

Di pusat-pusat rawatan kesuburan, mereka mungkin akan menggunakan kaedah-kaedah lain seperti ’Endometrial Biopsy’ yang dikatakan paling tepat bagi mengesan Gangguan Fasa Luteal.
Akhir sekali, jika anda dalam ikhtiar untuk dapat zuriat, jangan menganggap bahawa catatan BBT semata-mata untuk mengesan hari-hari subur, tetapi ia adalah sebagai sebahagian dari proses mengenali proses-proses yang berlaku dalam diri seorang wanita.


Nota Kaki :
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu para wanita di luar sana yang merancang untuk mendapat anak telah memahami Carta BBT dan bagaimana carta BBT membantu mengesan hari ovulasi. AM juga masih belajar bersama isteri tercinta untuk mendapatkan anak sulong kami.
Tidak menjadi kesalahan suami belajar mengenai kesuburan wanita untuk isteri tercinta, kerana suami yang belajar untuk isteri sukar di cari di mana-mana.


Jumaat, 28 Ogos 2015

Petua dan Makanan Untuk Rawatan Rabun Mata

Rabun mata merupakan salah satu penyakit yang kebanyakkan daripada kita terpaksa hadapi. Pelbagai punca terjadinya rabun mata ini, salah satu punca adalah keturunan dan pemakanan yang terlalu banyak bahan kimia dan kurangnya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
petua dan makanan untuk rabun mata

Bagaimana untuk mengatasi masalah rabun mata? Disini AM sediakan beberapa petua dan makanan yang mampu mencegah masalah rabun mata, antaranya

1. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
petua dan makanan rawatan rabun mata

5. Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
petua dan makanan untuk mencegah rabun mata

10. Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Nota Kaki :

10 petua dan makanan yang mampu mencegah masalah rabun mata. Semoga sedikit perkongsian ini mampu mengatasi masalah para sahabat AM semua. Jika artikel ini bermanfaat sila lah share di mana-mana laman social.