Rabu, 20 Januari 2016

Kafein Dan Penyerapan Vitamin.. Adakah Benar?

Biasanya orang amik kopi masa breakfast. Dan kebiasaannya juga, lepas breakfast juga la orang akan makan vitamin. Betul ke cara tu? Tak ramai yang ambil perhatian bahawa makan supplement dalam tempoh waktu yang sama dengan minum kopi atau teh akan mengganggu penyerapan vitamin yang diambil.

Kafein Dan Penyerapan Vitamin.. Adakah Benar?

Apa dan bagaimana kesan kafein pada penyerapan vitamin? Jom kita tengok satu persatu kesan kafein pada vitamin-vitamin yang anda makan selepas pengambilan kafein.


(1) Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi, yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Jarakkan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, yang yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin Bcomplex adalah vitamin larut air. Jadi kalau kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah minum kopi atau tea sebelum atau selepas makan vitamin?  Cara terbaik untuk elakkan dari pengurangan penyerapan vitamin adalah minum kopi antara waktu makan.. contoh tea time..bukannya selepas atau sebelum makan. Bagi peluang pada badan untuk serap kebaikan dari vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Kini sudah diketahui bahawa mengambilan minuman yang mengandungi kafein dan supplement pada masa yang sama akan menyebabkan supplement yang diambil tidak diserap dengan sempurna oleh badan kita.

Artikel Terkait

4 comments

yup...kesan kafien ni banyk lagi...baik kurangkan pengambilan nya

itu baru pada pengambilan vitamin sahaja..belum lagi kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan..

nasib baik saya ni bukan jenis suka minum minuman berkafein ni

Hihihi..nak minum tak ada masalah


EmoticonEmoticon