Ahad, 3 Januari 2016

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Anda baru balik dari berjumpa doktor dan sangat kecewa sebab kolestrol anda tinggi? Anda susah hati lalu cepat-cepat meng’google’ untuk mencari penyelesaian pantas bagi menurunkan paras kolestrol anda.

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Kata kuncinya di sini adalah kesabaran dan azam yang kuat untuk menukar tabiat buruk anda kepada gaya hidup lebih sihat bebas dari kolesterol jahat! Beberapa tips mudah dan pantas ini boleh membantu mengatasi masalah kolestrol tinggi dalam darah.

Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?

Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.

Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat

1. Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5. Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati Dengan Karbohidrat

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6. Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. 

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
7.Vitamin yang sesuai untuk kita yang TERLEBIH kolestrol adalah Phytocol-ST 

Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat

Manfaat utama Phytocol-ST ialah membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL (Kolestrol Jahat).

Produk Phytocol  ST Shaklee Dibuat dengan campuran phytosterols, yang didapati secara semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin


Menyediakan 2,000mg phytosterols tumbuhan yang diperlukan setiap hari


Phytosterols tumbuhan telah terbukti secara klinikal lebih daripada 80 kajian untuk menurunkan kolesterol LDL.



Artikel Terkait

4 comments

Shawal singgah + follow sini ye... ^^

jemput join GA Shawal.. :)

http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/01/GiveawayWelcome2016.html

salam perkenalan...
saya baru follow awak...

~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my


EmoticonEmoticon