Rasanya
ramai antara kita yang dah pernah atau penat berdiet tapi tiada hasil pun. Jika
ini terjadi, kita perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini.
Mungkin terdapat
kesilapan dalam diet kita. Kesilapan berikut tidak akan membantu kita
mengurangkan berat badan.
Jadi
pastikan kita tidak amalkan kesalahan berikut.
1. Skip
hidangan
Jangan skip
mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting untuk mencetus
metabolism harian kita. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Makan
sarapan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi.
2. Cuma
makan 3 hidangan sehari
Tiga
hidangan tak mencukupi untuk mengawal nafsu makan dan tingkatkan metabolisme.
Paling kurang makanlah 5 kali sehari. Ini tak kira samada kita ingin kurang,
maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh jika kita masih
memerlukan, apa yang perlu di elakkan adalah makan nasi selepas jam 8 malam.
3. Makan tak
cukup
Jangan tak
makan. Nanti metabolism kita jatuh dan kita bukan sahaja melaparkan diri dan
rugi pembakaran kalori. Kalau keperluan kalori harian (DCR) anda 2,000 kalori
sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk
kawal nafsu.
4. Elak nasi
Nasi adalah
sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang boleh menggemukkan kalau berlebihan
tapi oat, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan
nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
5. Ikut diet
membuta
Ramai yang
suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein
dan lain-lain. Bagi AM, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta.
Pastikan kita faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.
6. Harapkan
makanan tambahan
Tiada
masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan tetapi jangan
bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda.
Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya
bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. Klik sini untuk Supplement SHAKLEE
7. Tak tahu
keperluan kalori diri
Macamana nak
kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai
DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda
kenalpasti DCR anda.
8. Elak
makanan tempatan
AM sendiri
pun makan di kedai makan . Gaya hidup AM sememangnya Malaysian. Tiada masalah
makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori kita. Makanan barat seperti pizza, pasta,
sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
9. Terlalu
fokus kepada satu perkara
Ada yang
ingat makan oat semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet
yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan atau minuman. Ia
merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
10. Diet
jangka masa pendek
Bila dengar
perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term
tapi itu salah. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi "diet"
pun adalah "amalkan pemakanan". Jadi pastikan kita amalkan diet kita
bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
Sumber : 10Kesilapan Diet Yang Paling Besar