Selasa, 23 Februari 2016

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Rasanya ramai antara kita yang dah pernah atau penat berdiet tapi tiada hasil pun. Jika ini terjadi, kita perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini.

Mungkin terdapat kesilapan dalam diet kita. Kesilapan berikut tidak akan membantu kita mengurangkan berat badan.

Jadi pastikan kita tidak amalkan kesalahan berikut.

1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian kita. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Makan sarapan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
Tiga hidangan tak mencukupi untuk mengawal nafsu makan dan tingkatkan metabolisme. Paling kurang makanlah 5 kali sehari. Ini tak kira samada kita ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh jika kita masih memerlukan, apa yang perlu di elakkan adalah makan nasi selepas jam 8 malam.

3. Makan tak cukup
Jangan tak makan. Nanti metabolism kita jatuh dan kita bukan sahaja melaparkan diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau keperluan kalori harian (DCR) anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4. Elak nasi

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oat, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi AM, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan kita faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.

6. Harapkan makanan tambahan

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Tiada masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan tetapi jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. Klik sini untuk Supplement SHAKLEE

7. Tak tahu keperluan kalori diri

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

AM sendiri pun makan di kedai makan . Gaya hidup AM sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori  kita. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara

10 Kesilapan Diet Yang Paling Besar

Ada yang ingat makan oat semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan atau minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek

Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi itu salah. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi "diet" pun adalah "amalkan pemakanan". Jadi pastikan kita amalkan diet kita bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.



Artikel Terkait

2 comments

Xpnh diet.makan makan n makan.tp xbesar2.keding mcm papan

Hahahaha..
ada juaga antara kita yang makan sikit pun akan naik berat badan..


EmoticonEmoticon