Ahad, 21 Februari 2016

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

 Ramai antara kita suka makanan yang mudah seperti fast food kerana kekangan masa dan kemalasan yang makin menebal di dalam jiwa. Kadang-kadang kita juga ingin mencuba makanan yang di masak oleh orang lain pula.

Tahukah kita semua ada beberpa makanan yang biasa-biasa tapi mempunyai khasiat yang amat luar biasa. Mungkin makanan ini yang telah kita makan setiap hari?

Antara makanan yang biasa yang mempunyai khasiat luar biasa adalah :-

Roti (khubz)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. 

Epal (tuffah)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. (Bagus diamalkan oleh wanita yang hamil)

Pisang (mawz)
Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)

Makanan Biasa TAPI Khasiat yang luar biasa..

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Sumber: Halaqah


Kebanyakan buahan dan sumber makanan ini ada disebutkan dalam beberapa hadis...Ada juga disebut dalam Syamail Muhammaddy... 


“Setiap makanan ada kebaikannya, jika diamalkan secara baik, halal dan sederhana. “

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga kesihatan dengan hanya memakan makanan yang baik untuk badan sahaja.

Memerlukan pemakanan tambahan?? Boleh juga mendapatkan Multivitamin yang ada di pasaran. AM nak cadangkan mendapatkan multivitamin dari SHAKLEE.. Boleh rujuk DISINI..

Artikel Terkait

2 comments

banyak rupanya yang tak tahu. huhu. barli fav . sedap !

btw jemput join segmen PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA
http://theathra.blogspot.com/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html

Setiap makanan mempunyai khasiat yang tersendiri.. Kita yang tentukan jumlah yang perlu diambil..


EmoticonEmoticon